Pengejar

Friday 15 February 2013

Nama aku dah memang hamba.

Abdul
Itu  nama aku, di ikuti dengan Falakh (فلاح) kemudiannya Zafrieyl. Terima kasih ayah atas nama yang indah ini. Terima kasih along atas "Zafrieyl" itu. Mak, terima kasih, 9 bulan aku dalam perut, terima kasih juga pada angah, alang, abang hakim, teh, cik, dibah, abby sebab ada dengan aku sehingga aku dah nak dekat 20 tahun dah. Balik pada perkataan yang besar serta di boldkan di atas tadi. Tahu apa maksud di sebalik abdul tu? Hamba maknanya. Ya. Aku hamba.



Aku hamba, kamu hamba, semua hamba. Kucing di dalam sangkar, katak bawah tempurung, ikan dalam jala, turut tidak terlepas dengan pangkat hamba. Hampa pada siapa? Pastinya milik yang maha sempurna. Milik yang berkuasa akan hari pembalasan. Milik yang maha pengasih lagi maha penyayang. Kita milik Allah taa'la.

Hamba ini sifat dia memerlukan tuannya. Dan fitrah manusia lemah seperti aku, mengharapkan rahmat. Untungnya hamba ini, Tuannya sangat pemurah. Tidak, "sangat" tidak sesuai dengan sifatNya. Maha pemurah! Mana tidaknya. Dari aku kecil, tak pernah henti nikmat diberi olehNya. Untungnya aku dilahirkan ke dunia dapat merasa nikmat Islam, nikmat Iman, nikmat dikasih ayah dan ibu, disayang kakak dan abang, di buli manja sahabat-sahabat, malah bila diuji pon, ada nikmat disebalik ujian tersebut. Nah. Nampak tak tuan aku Maha Pemurah?



Tapi sifat hamba ini, kadang-kadang dia leka. Dia lalai. Mudah betul lupa. Sampai kadang-kadang dipukul, dipalu untuk kembali setia pada tuannya, masih tidak terjaga dari lamunan dunia. Sehinggalah betul-betul sempit, buntu, barulah nak menangis, barulah nak kembali mengadu domba kepada yang memilikinya. Tak malu sungguh. Kalau Dia dah memiliki seluruh alam, dia tak pernah rugi bila aku leka dengan dunia. Malahan, aku yang rugi bila aku lalai. Tapi Dia Maha Pemurah. Hidayah ditiup pada hambaNya yang dia ingini. HambaNya hanya perlu bentang sejadah, wudhuk, sujud dan minta. Jika di-inginkanNya untuk kembali patuh, maka kembali patuh lah hamba tersebut.

"Sesungguhnya orang-orang yang membeli (memilih) kufur dengan meninggalkan iman tidak sekali-kali mereka akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Ali-Imran:177) "

Mungkin nama ku nampak hina, nampak rendah martabatnya. Tapi ingatlah, bukan aku sahaja milik Allah. Engkau pun dimilikiNya. Yang membezakan kita ialah iman di dada. Falakh atau sebutannya فلاح "FALAH" membawa makna kejayaan.

Ya, aku ingin menjadi hamba yang berjaya. Berjaya sampai ke syurga. Berjaya mencapai RedhaNya. Bukan hanya berjaya dalam risalah ini. Bukan hanya kencang di internet. Tapi berjaya di dunia akhirat. Insya Allah.



Tinta sudah mengering, biar aku sudahkan dengan ayat yang setiap hamba perlu tanam dalam jiwanya. Ayat dari Ummul Kitab. Ayat ke 5.

                       إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
                “Kepada Engkau kami sembah dan kepada Engkau kami meminta pertolongan”


-Hamba yang ibarat sebutir pasir di pantai nilainya. Mengharapkan pertolongan. 

Sunday 3 February 2013

Khabar Dari Gaza


Alhamdulillah, selepas Subuh hari ini, sharing yang terakhir telah diberikan oleh akhi Fadly Hasby. Beliau merupakan aktivis Aqsa Syarif yang pernah ke Gaza. Beliau datang ke Miri untuk sampaikan pengalaman dan cerita-cerita hebat dari Gaza. Apa yang akan kite tulis, semuanya hasil perkongsian kelima-lima sesi.



Sepertimana kita tahu, baru-baru ini, Gaza telah diserang. Bermula dengan pengoboman kereta As-Syahid Al Jabari. Orang kuat Hamas dan Briged Al- Qassam. Berikutan dari pengeboman itu, roket-roket dari Israel terus menerus diterbangkan lalu memusnahkan banggunan-banggunan yang ada di Palestin.

Tetapi, rakyat Palestin kuat. Kuat dari segi tenaga, kuat dari segi minda. Baru sahaja banggunan serta rumah runtuh dibom, beberapa hari kemudian, datang batu-bata untuk bina semula. Pihak Israel sehingga tidak tahu sama ada tempat tersebut sudah dibom atau belum kerana dalam sekelip mata, rumah-rumah kembali pulih.

Disebut pula kisah tentang seorang kanak-kanak bernama Ahmad. Kanak-kanak istimewa. Tahu apa cita-citanya? Dia ingin menjadi hafiz. 30 juzuk Al-Quran ingin dihafal. Sekarang surah At-Tariq sudah dihafal olehnya. SUpaya dapat menyertai Briged Al Qassam. Ingin melawan Israel Laknatullah. Ingin syahid, ingin mencari redha Allah. Dan semasa Akhi Fadly bersembang dengnnya, tiba-tiba dia berkata "InsyaAllah, Satu hari nanti, kita pastu akan solat di Masjid Al-Aqsa" sambil tangannya menunjuk-nunjuk ke langit. Yaking dengan janji Allah. Islam pasti menemui jalan kemenangan.

Sebuah cerita menyayat hati apabila seorang doktor terpaksa bertugas selama 8 hari di hospital. Anak, isteri ditinggal di rumah. Demi keselamatan dan demi nyawa penduduk-penduduk Palestin. Itu bukan klimaks bagi kesedihan cerita ini, tetapi apa yang menyedihkan ialah apabila beliau sedang bertugas, tiba-tiba dilihat dihadapan matanya, anaknya sendiri telah syahid. Ya Allah, kentalnya hati-hati penduduk Palestin ini. Sungguh kite kagum dengan semangat juang mereka.


Dalam kesempatan itu, kite jugak telah ke SK Kita Niah. Sharing diadakan beraudiencekan bebudak sekolah rendah. Yang ni memang bes. Budak-budak sekoah ni sangat sempoi. Dan mereka semua kreatif. Semasa program dilaksanakan, mereka telah membuat tabung khas untuk saudara2 di Palestin. Dan pengalaman ini, first time kite jadi Imam solat dhuha untuk budak2. Segala puji bagi Allah kerana telah memberikan peluang untuk mendapat pengalaman sebegini.



Jangan lupa untuk doa buat saudara-saudara kita. Di sana, apabila ditanya "Apa yang diingankan daripada rakyat Malaysia?" Mereka menjawab, mereka cuma inginkan doa rakyat Malaysia serta muslimin di Malaysia memantapkan akidah dan iman. MasyaAllah. Mereka tidak memina sumbangan pun. Namun, kat tepi belah kanan blog ni, ada akaun untuk Aqsa Syarif. Akaun untuk antum semua menderma. Ayuh ikut gerabak yang membantu serta menyumbangkan rakyat2 Palestin.  Bak kata Ahmad, Satu hari nant, Al-Aqsa pasti dibebaskan! Takbir! ALLAH HUAKHBAR


Wallahualam.