Pengejar

Tuesday, 4 February 2014

Minggu Emo Sedunia

Uhibukafillah Ya Akhi.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Aku ni kerdil. Mungkin tinggi, mungkin dada agak luas bidangnya, tapi hati ini kerdil. Yang besar di hati ini cuma cita-citanya. Cita-cita menegakkan Islam di dunia. Tapi hati ini cukup kecil untuk menampung duka/rindu/menasihati/bergurau kerana Allah.

Dahulu, aku rasa keseorangan dalam jalan ini. Aku rasa sunyi. Tapi aku tempuh. Pernah terbaca di suatu lama sesawang yang menulis dimana intipatinya lebih kurang menasihatkan "Jalan menuju tuhan punya ujian dan untuk menepis ujian perlunya kesabaran". Iya, aku sabar. Dalam sabar aku berdoa.

"Ya Allah, kurniakanlah teman yang akan berjuang bersama aku. Teman dikala susah, teman dikala senang. Teman yang akan bersama aku dalam jalan dakwah dan tarbiyah ini."

*boleh insert lagu Teman Sejati kat sini kalau nak lagi feeling baca.

Alhamdulillah. Allah itu Maha Mendengar. Allah makbulkan doa aku. Allah kurnia beberapa sahabat fillah. Yang paling rapat dengan aku, someone yang selalu bawa aku keluar, tidur sekatil. Curhat. Sembang pasal itu, sembang pasal ini. Makan pun kadang-kadang bersuap. Sekarang dengarkan isi hati kerdil ini.

Akhi,
Sungguh akhi, ana cinta enta kerana Allah. Ana nak yang terbaik untuk enta. Ana nak kita masuk syurga sama-sama. Andai ana katakan ianya kerana Allah, ana tak akan main-main. Sebab Allah ana masih boleh bernafas sekarang. Sebab Allah, masih ada keterikatan hati antara kita meski ujian/aral/bencana menimpa. Berbalik pada nasihat dari laman sesawang di atas, memang kita akan diuji. Allah nak uji! Ingat tak cerita sang murabbi? Kisah monyet tu. Ujian Allah bukan ketika kita susah sahaja. Ketika senang pon Allah nak uji.

Akhi,
Ana kadang-kadang rasa ana tak layak pon jadi sahabat enta. Enta hebat berbicara. Enta tsiqah di mata kawan-kawan, lecturer even enta mendepani barisan kepimpinan. Nak dibandingkan dengan ana ni, apa ada? Suka datang dekat dengan enta, menyusahkan, suruh tolong itu, suruh tolong ini. Suka perli enta. Entah selalu sakit hati enta dengan ana kan. Tapi enta sabar dengan karenah ana. Akhi, entah berapa ganjaran Allah bagi sebab bersabar dengan ana je. Hehe. Mabrook! :P

Akhi,
Mungkin Allah nak uji persahabatan kita. Mungkin Allah nak tengok besar mana nilai ungkapan 'ukhuwahfillah'  yang sering diputarkan. Ana sendiri tak tahu enta rasa atau tidak. Ana rasa ada 'barier' antara kita sekarang. Ana tak tahu apa salah ana. Kalau ana ada buat silap, terus terang okay? ;') Ana terima kekurangan ana. Sahabat yang paling baik ialah sahabat yang menunjukkan kekurangan dalam dirinya.

Akhi,
Antara kawan yang ingin membawa enta ke syurga, dan kawan yang ingin bawa enta hanyut dengan dunia. Ana di pihak yang mana? Ana tak perfect akhi, ana bukan malaikat. Semoga ana di dalam golongan yang sering mengajak enta buat kebaikan. Asiif Jiddan ya akhi. Ana mungkin bukan sahabat yang terbaik. Cuma ana akan usahakan jalan yang terbaik untuk kita ke syurga bersama. Ana tak kisah orang nak cakap apa pasal post ni. Lantaklah nak kata ana emosional ke, apa ke. Cuma ana harap, dengan terbacanya post ni oleh enta, Allah dekatkan keterikatan hati kita yang tersimpul kerana kalimah "Lailah ha ilallah.".
Ana yakin, even in the most impossible condition, apa-apa pon boleh jadi. Allah pasti cantikkan apa yang kurang cantik. Allah pasti indahkan apa yang kurang indah. Macam dulu. tentera Abrahah datang nak serang Ka'abah. Orang Quraish punyalah takut. Derang menyorok. Tapi Abdul Mutalib yakin kaabah itu ada penjaganya. Lalu Allah bantu musnahkan tentera Abrahah. Keterikatan hati kita juga milik Allah. Insya Allah semua dipermudahkan.

Poyo kan? Kejap ana lah, aku lah, enta lah. Lantaklah.
Ana uhibukafillah akhi.

Friday, 27 December 2013

Aku dan tunggu;

Nak buah yang ranum, kau kena tunggu.
Nak roti canai garing, kau kena tunggu.
Nak segulung ijazah, kau kena tunggu.
Nak sampai ke puncak, kau kena tunggu.

Sungguh, menunggu buat kau penat.
Tapi, kalau tak tunggu, di mana mujahadahnya?
Aku tunggu, sampai satu masa.
Ada seseorang yang sanggup tunggu dengan aku.
Bila aku ingin berhenti menunggu, senyumannya sudah cukup.
Cukup untuk buat aku kembali menunggu.

Di antara aku dan kemenangan adanya kata kerja tunggu.
Tidak apa. Aku akan tunggu.
Sambil menunggu, cara dicatur.
Agar lepas menunggu, aku menang.

Tuesday, 17 December 2013

Lebah : 90


Dengan nama Rabb Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. :D
Hari ini banyak perkataan 'ketua' muncul. Al-kisah baru balik menadah kitab Riyadhus Solihin. Jilid 4. Bab pemerintah. 

Pemerintah harus berlaku adil! Meletakkan sesuatu di tempatnya. And, kita semua tak kiralah orang gaji pon. Adalah sebenarnya seorang ketua dan perlu berlaku adil.

Bila bercakap pasal ketua, terdapat seorang khalifah yang mashur. Umar Abdul Aziz. Kenal? Pada waktu dahulu, khalifah akan mengimami solat Jumaat dan menjadi khatib membaca khutbah. Dan beliau sering kali, masukkan ayat 90 dari surah An-Nahlu yakni membawa maksud lebah.

Umar Abdul Aziz merupakan seorang khalifah dari keturunan Khulafa Ar-Rasyidin yang kedua. Umar Ibnu Khattab. Pernah tak dengar cerita tentang seorang perempuan dan ibunya yang ingin menjual susu? Tetapi susu tersebut kuantitinya sangat sedikit. Lalu ibu perempuan tersebut mencadangkan susu tersebut ditambah dengan air untuk memenuhkan botol. Tetapi perempuan itu takut dengan tuhan yang Maha Melihat lalu Umar Al-Khattab mendengar akan apa yang terjadi lalu menikahkan perempuan tersebut dengan Anaknya. Abdullah ibnu Umar. Lihatlah bagaimana beliau memilih perempuan yang mempunyai akidah yang sahih meskipun berasal dari keluarga yang miskin. Umar Abdul Aziz berasal dari keturunan ini.

Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya. (An-Nahl:90)

Ayat di atas, merupakan ayat yang sering beliau muatkan dalam khutbahnya. Sehingga hari ini, setiap khutbah Jumaat pasti dibacakan ayat di atas. Diriwayatkan, terdapat sahabat yang tanya kepada Rasulullah, "Apakah boleh kiranya baginda berikan rumusan daripada Al-Quran?" Lalu dibacakan ayat di atas.

Jom
  1. Adil
  2. Buat Baik
  3. Tolong-menolong
  4. Cegah maksiat / Tolak kemungkaran
  5. Sentiasa beringat melalui ayat-ayat Al-Quran.


Monday, 9 December 2013

Nak jadi IronMan.

Kadang-kadang terhingin nak jadi Ironman.
Nak jadi Ironman yang kat tangan dia ada hidayah repulsor.
Eh! Tak boleh. Hidayah milik Allah!
Baiklah, ganti dengan nasihat-nasihat dan ajakan kearah kebaikan yang tersalut dengan al-hikmah.

Bila tengok sahaja manusia yang nak buat kejahatan. Halakan tangan kat dia, pastu niat kat hati. "Chiuuuu" bunyi repulsor kat tangan tu menembak nasihat-nasihat yang mengingatkan akan kepanasan api neraka.

Di visor kepala pulak dapat scan siapa yang inginkan Islam. Cuma perlu sedikit lagi kebenaran untuk mengucap kalimah tauhid. Mudahnya untuk tahu siapa yang boleh di approach.

Hakikatnya, andai dakwah dan kerja mengislahkan ummah akhir zaman ini senang sebegitu rupa, agaknya rancangan seperti maharaja lawak dan akedemi fantasia sudah bertukar menjadi maharaja zuhud dan akedemi syurga. Mungkin rancangan-rancangan realiti yang mengajak kepada kebaikan dan melatih rijal-rijal musleh.

Syurga itu mahal harganya. Bekerjalah. Bercucuk-tanamlah di dunia. Berjual belilah dengan Allah.
Nanti kita sama-sama tuai hasilnya di syurga. Insya Allah.
:*

Thursday, 5 December 2013

Dalam diriku masih ada JAHILIYAH!

Siapa tak kenal. Dua sahabat Rasulullah S.A.W yang sangat beperibadi mulia. Yang sungguh saya dengki dan jeles sebab merepa sempat ditegur Nabi Allah. Sempat bersua muka dengan utusan terakhir malah pembawa risalah yang akan menerangi seluruh Alam ini InsyaAllah satu hari nanti.

"Pijaklah kepala aku! Pijaklah! Demi Allah, aku mahu kau pijak"

Abu Dzar meletakkan kepalanya di tanah berdebu. Dilumurkannya pasir ke wajahnya dan dia tunggu dengan penuh harapan supaya terompah sahabatnya mendapat di pipinya.

"Sahabatku, aku merayu!" rintihnya, "Pijaklah wajahku. Aku sangat berharap degannya Allah akan mengampuni aku lalu menghapuskan sifat jahiliah dari jiwaku." Abu Dzar hampir mengangis. Isi hatinya terumbang ambing. Dia menyesal. Dia sedih. Dia takut. Bercampur-baur perasaannya.

Bilal si pemilik suara emas terus menggeleng kepala sambil mata berkaca-kaca.

Peristiwa itu berawal dari kekesalan Abu Dzar pada Bilal. Dia merasa Bilal tidak mengerjakan sebuah amanah dengan utuh, bahkan seolah memberi alasan. Abu Dzar tidak dapat menahan kekecewaanya lalu melontarkan kata-kata kasar.

"Wahai anak budak hitam!"

Rasulullah, manusia teragung di muka bumi terdengar lalu bergegas ke Abu Dzar ibarat petir menyambar. Abu Dzar ditegur.

"Engkau! Sungguh dalam dirimu masih terdapat jahiliah!"

Lalu Abu Dzar diselubungi rasa bersalah serta-merta bersujud dan memohon Bilal memijak kepalanya. Tapi Bilal tidak pedulikan arahan Abu Dzar. Bilal marah malah haru.

"Aku memaafkan Abu Dzar, ya pesuruh Allah", kata Bilal lagi, "Dan biarlah urusan ini tersimpan di sisi Allah, menjadi kebaikan bagiku kelak"

                                                                              *****

Lalu diri ini yang super kerdil kalau nak dibandingkan dengan 2 sahabat Rasulullah di atas, terasa sangat kecil. Ibarat pasir nak dibandingkan dengan saiz bumi. Atau mungkin tak layak lansung dibandingkan.

Tersentak. Cuma satu herdikan. Terasa dalam diri ini  punya banyak lagi jahiliah. Banyak kejahatan. Banyak keburukan. Dosa. Bayangkan umur jasad ini yang sudah berumur 20 tahun. Bayangkan pula dosa yang telah dikutip. Tak perlu dicerita, nanti mengaibkan diri sendiri pula.

Cuma mahu berkongsi "kesentakan" itu sahaja. Ya! Hari ini, siapa yang telah kamu perlekehkan? Tidak! Tukar soalan. Hari ini siapa yang telah aku perlekehkan?

Jahiliah hari ini masih banyak seperti semalam? Berkurang? Bertambah?
Nak jadikan alasan bahawa diri ini manusia, fitrahnya melakukan kesilapan. Sudah-sudahlah. Sekali dua nak guna alasan seperti itu tak apa.

Sekali salah. Learn your lesson. And never do it again.

Allahu. Limaza taqulu namala taf a'luun!
Mengapa kamu tidak mengerjakan sesuatu yang kamu kata.
Ayuh, laksanakan apa yang kita cakap.
Medan amal terbentang luas.

*Kisah Abu Dzar dan Bilal dipetik lalu di edit ke bahasa Melayu bagi sedapt  from Dalam Dekapan Ukhwah karya Salim A Fillah

Wednesday, 16 October 2013

Rahsia Islam?

Abu Umar Sufyan pernah bertanya pada utusan agung Allah yaitu Muhammad saw.

"Wahai Rasulullah, katakan kepadaku sesuatu dalam Islam yang dengan itu aku tidak perlu bertanya lagi kepada orang lain,"

Rasulullah saw. menjawab

"Katakanlah! Aku telah beriman kemudian istiqomahlah!"
(Hadis Riwayat Bukhari)

Mari kita lihat semula rukun Islam yang pertama. Yakni bersyahadah. Di mana kita menyaksikan tiada Tuhan selain Allah, dan kita turut menyaksikan bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah.

Umat Islam di atas muka bumi ini tidak terbilang dek jari. Kalau tak silap sudah mencecahi sepuluh angka. Tetapi adakah kita yang mentadbir bumi? Tidak.

Rahsia bagi umat Islam yang berkualiti terletak pada rukun Islam yang pertama ini. Di sinilah asas akidah islam yang sahih, akhlak yang mulia dan ibadah yang benar akan terbina.

Andai kita mengaku Allah itu tuhan kita, sudah pasti kita yakin dengan hati lalu mengaku dengan mulut dan kemudiannya kita zahirkan dengan amal bahawa Allah itu wujud dan segala perintah Allah itu akan memberi keamanan.

Andai kita mengaku Rasul agung Muhammad saw. sebagai pesuruh Allah sudah pasti baginda dijadikan contoh ataupun qudwah untuk kita.

Masalah kita sekarang ialah apabila kita tidak tengok dengan mata hati kita akan besarnya makna syahadah ini. Sudah pasti, kalau syahadah ini tidak penting, ia tidak akan bertakhta sebagai rukun Islam yang pertama.

Back to the hadith, Rasulullah saw. suruh kita beriman dan kemudian istiqomah.

Kita patut beriman pada tuhan yang satu, Allah. Yakin akan kewujudannya. Yakin akan sifat-sifatNya yang agung. Yakin akan perintah-perintahnya.

Kita patut beriman pada Rasulullah, Al-Quran yang telah diturunkan kepada baginda sebagai buku panduan. Jalan jihad yang telah dilalui baginda juga sebagai jalan kita.

Wahai manusia! Kau ada dua pilihan.

Sama ada hidup mulia atau mati syahid.
Syurga atau neraka.

Thursday, 19 September 2013

Mata Moon

Ini tugasan esaimen Bahasa Melayu Komunikatif.

Tajuk dia Mata Moon.

Moral Values : Kawanlah dengan semua orang.

            Mata Moon

Meleleh laju air mata Moon. Jatuh ke tanah. Terasa kakinya lemah, tak bermaya. Bagai tiada kuderat untuk menampung dirinya yang membawa sekeping hati. Hati yang terkesan dek penghinaan rakan-rakan sekampung. Sebaya.

            “Woi, cacat! Yang engkau sibuk datang sini buat apa? Cawilah orang cacat yang sewupa macam engkau buat kawan,” Jerkah Adi yang masih pelat bila bersuara. Tangan dicekakkan ke pinggang sambil menjeling ke arah Moon. Bagi Adi, Moon yang berlainan jantina dengannya serta cacat penglihatan sebelah mata tidak layak berkawan dengannya. Hina. Jijik.

            “Kau pewgi kawan dengan ular! Sama-sama buta,”.

            Meskipun mata kirinya tidak dapat lihat keangkuhan dan kesombongan Adi, tetapi mata itulah yang sering mengalirkan air mata. Seolah-olah mata itu lebih sedih dari diri Moon kerana ia adalah punca Moon dipinggirkan Adi dan rakan sebaya yang lain.

***
            “Moon, kau dah ciap kerja Matematik ke bewum?” Adi terus merampas buku latihan Moon.

            “Dah. Kau nak tiru ke? Boleh je. Tapi kau kena kawan dengan aku,” kata Moon sambil mata kanannya memandang tepat ke arah mata Adi.

            Adi terus membawa buku Moon ke tempat duduknya. Dalam tiga minit, selesai semua kerja disalin. Tidak senombor pon tertinggal. Adi berlari ke meja Moon semula. Kali ini dengan senyuman. Senyuman puas hati. Lega. Jika Cikgu Murni yang tak pernah bermuka manis itu menyemak bukunya nanti, sudah pasti dia dipuji. Jawapan Moon selalunya betul.

            “Moon, ni buku kau. Tewima kasih tau! Kaulah kawan baik aku” Adi senyum sinis selepas memulangkan buku Moon.

            Itulah kali pertama Moon rasa dirinya diterima. Senyuman yang terukir di bibir Moon hampir mencecah ke telinganya. Gembira kerana Adi merupakan kawan pertamanya. Sebelum ini, tiada sapa yang pernah mengaku dirinya yang cacat itu sebagai kawan.

***

            “Bagi tangan kamu! Kenapa kamu tidak siapkan kerja rumah yang cikgu bagi semalam?” Cikgu Murni menjegilkan mata sambil menarik tangan Moon.

            “Ta..ta..tapi..”

            Piaaang! Laju rotan dibidas ke tangan Moon. Merah tapak tangan Moon kesan rotan yang bersaiz kecil tapi amat bisa bila Cikgu Murni yang menggunakannya. Rotan itu telah berjasa pada Cikgu Murni sejak dia mula menjadi cikgu disiplin di Sekolah Kebangsaan Lahar Yooi. Muka Moon merah padam. Malu dirotan dihadapan murid 5 Tekun.

            “Tapi saya dah siapkan semalam cikgu! Saya tak tipu. Tadi Adi…” belum sempat Moon menjelaskan, Cikgu Murni terus mengarahkan Moon untuk balik ke tempat duduknya. Mata kiri Moon mula menitiskan air mata kesedihan. Senyumannya yang manis sebentar tadi ibarat telah dicampur dengan cuka. Pipinya yang putih melepak dibasahi air mata.

            “Cuba tengok bawah meja kau,” bisik Adi lalu mengenyit mata.

Sekeping kertas yang tercarik. Direnyuk. Moon tahu bahawa ini semua kerja Adi. Adi telah mengoyak helaian kertas yang tertulis jawapan kerja sekolahnya semalam. Hati Moon sakit. Hati Moon remuk. Hati Moon hancur. Seumur hidupnya, hanya beberapa minit dia merasa perasaan mempunyai seorang kawan. Tapi kawan itulah yang telah melontar hatinya ke arah batu yang tajam. Kini hatinya berdarah. Didarahi pengkhianatan.

***
            Ucapan terima kasih dapat didengari di setiap kelas. Loceng tamat persekolahan baru sahaja berbunyi. Moon memerhati Adi. Moon ingin sekali menemani ‘kawan’ barunya pulang ke rumah. Moon masih belum berputus asa. Mana mungkin hubungan kawan putus begitu sahaja. Ibunya pernah berpesan, “kalau Moon ada kawan, kawan biar sampai mati,”. Moon tidak pernah ingkar dengan nasihat ibunya yang selama ini menjadi punca duka dihilangkan.

            Sedang asyik Moon leka terfikirkan nasihat ibunya, dia terlihat seekor ular tedung sedang mendekati Adi. Moon risau, ular itu akan mematuk kawan baiknya. Moon segera menggapai dahan yang kering di tanah lalu berlari ke arah Adi. Moon cuba memukul ular tedung tadi tapi terkena kepala Adi. Adi pengsan tak sedarkan diri. Ular tadi hilang entah ke mana ia menyorokkan diri. Mungkin takut dengan mata Moon.

            “Adi! Bagunlah!” Moon cuba menyedarkan Adi.

            Moon melihat ke arah hujung dahan yang dipegangnya. Tajam. Lalu Moon memerhatikan mata Adi yang sempurna.

            “Kitakan kawan baik. Mesti kau nak rasa apa yang aku rasakan? Barulah kau boleh faham kawan baik kau ni,” Moon bermonolog sambil mengusap dahan kering yang tajam di mata kiri Adi.

            Senyuman yang terukir di bibir Moon hampir mencecah ke telinganya sekali lagi.

            “Aku dah ada kawan baik,”.