“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku;”Dan mudahkanlah bagiku, tugasku;”Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, “Supaya mereka faham perkataanku; (Taha:25-28)
Doa ini memang lama dah dihafal. Cuma tak tahu di mana terletaknya surah ni. Dan dipesan kakak ana untut tajdid niat. Maksud Tajdid ialah memperbaharui. Ya, niat kita haruslah kita perbaharui setiap masa. Mungkin kadang-kadang kita akan cepat lalai dan larinya tujuan asal kita melakukan sesuatu daripada niat asal kita Iaitu melakukan sesuatu semuanya demi Allah. Jadi, apa lagi. Mulakan dengan Basmallah.