Pengejar

Tuesday, 4 February 2014

Minggu Emo Sedunia

Uhibukafillah Ya Akhi.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Aku ni kerdil. Mungkin tinggi, mungkin dada agak luas bidangnya, tapi hati ini kerdil. Yang besar di hati ini cuma cita-citanya. Cita-cita menegakkan Islam di dunia. Tapi hati ini cukup kecil untuk menampung duka/rindu/menasihati/bergurau kerana Allah.

Dahulu, aku rasa keseorangan dalam jalan ini. Aku rasa sunyi. Tapi aku tempuh. Pernah terbaca di suatu lama sesawang yang menulis dimana intipatinya lebih kurang menasihatkan "Jalan menuju tuhan punya ujian dan untuk menepis ujian perlunya kesabaran". Iya, aku sabar. Dalam sabar aku berdoa.

"Ya Allah, kurniakanlah teman yang akan berjuang bersama aku. Teman dikala susah, teman dikala senang. Teman yang akan bersama aku dalam jalan dakwah dan tarbiyah ini."

*boleh insert lagu Teman Sejati kat sini kalau nak lagi feeling baca.

Alhamdulillah. Allah itu Maha Mendengar. Allah makbulkan doa aku. Allah kurnia beberapa sahabat fillah. Yang paling rapat dengan aku, someone yang selalu bawa aku keluar, tidur sekatil. Curhat. Sembang pasal itu, sembang pasal ini. Makan pun kadang-kadang bersuap. Sekarang dengarkan isi hati kerdil ini.

Akhi,
Sungguh akhi, ana cinta enta kerana Allah. Ana nak yang terbaik untuk enta. Ana nak kita masuk syurga sama-sama. Andai ana katakan ianya kerana Allah, ana tak akan main-main. Sebab Allah ana masih boleh bernafas sekarang. Sebab Allah, masih ada keterikatan hati antara kita meski ujian/aral/bencana menimpa. Berbalik pada nasihat dari laman sesawang di atas, memang kita akan diuji. Allah nak uji! Ingat tak cerita sang murabbi? Kisah monyet tu. Ujian Allah bukan ketika kita susah sahaja. Ketika senang pon Allah nak uji.

Akhi,
Ana kadang-kadang rasa ana tak layak pon jadi sahabat enta. Enta hebat berbicara. Enta tsiqah di mata kawan-kawan, lecturer even enta mendepani barisan kepimpinan. Nak dibandingkan dengan ana ni, apa ada? Suka datang dekat dengan enta, menyusahkan, suruh tolong itu, suruh tolong ini. Suka perli enta. Entah selalu sakit hati enta dengan ana kan. Tapi enta sabar dengan karenah ana. Akhi, entah berapa ganjaran Allah bagi sebab bersabar dengan ana je. Hehe. Mabrook! :P

Akhi,
Mungkin Allah nak uji persahabatan kita. Mungkin Allah nak tengok besar mana nilai ungkapan 'ukhuwahfillah'  yang sering diputarkan. Ana sendiri tak tahu enta rasa atau tidak. Ana rasa ada 'barier' antara kita sekarang. Ana tak tahu apa salah ana. Kalau ana ada buat silap, terus terang okay? ;') Ana terima kekurangan ana. Sahabat yang paling baik ialah sahabat yang menunjukkan kekurangan dalam dirinya.

Akhi,
Antara kawan yang ingin membawa enta ke syurga, dan kawan yang ingin bawa enta hanyut dengan dunia. Ana di pihak yang mana? Ana tak perfect akhi, ana bukan malaikat. Semoga ana di dalam golongan yang sering mengajak enta buat kebaikan. Asiif Jiddan ya akhi. Ana mungkin bukan sahabat yang terbaik. Cuma ana akan usahakan jalan yang terbaik untuk kita ke syurga bersama. Ana tak kisah orang nak cakap apa pasal post ni. Lantaklah nak kata ana emosional ke, apa ke. Cuma ana harap, dengan terbacanya post ni oleh enta, Allah dekatkan keterikatan hati kita yang tersimpul kerana kalimah "Lailah ha ilallah.".
Ana yakin, even in the most impossible condition, apa-apa pon boleh jadi. Allah pasti cantikkan apa yang kurang cantik. Allah pasti indahkan apa yang kurang indah. Macam dulu. tentera Abrahah datang nak serang Ka'abah. Orang Quraish punyalah takut. Derang menyorok. Tapi Abdul Mutalib yakin kaabah itu ada penjaganya. Lalu Allah bantu musnahkan tentera Abrahah. Keterikatan hati kita juga milik Allah. Insya Allah semua dipermudahkan.

Poyo kan? Kejap ana lah, aku lah, enta lah. Lantaklah.
Ana uhibukafillah akhi.

Friday, 27 December 2013

Aku dan tunggu;

Nak buah yang ranum, kau kena tunggu.
Nak roti canai garing, kau kena tunggu.
Nak segulung ijazah, kau kena tunggu.
Nak sampai ke puncak, kau kena tunggu.

Sungguh, menunggu buat kau penat.
Tapi, kalau tak tunggu, di mana mujahadahnya?
Aku tunggu, sampai satu masa.
Ada seseorang yang sanggup tunggu dengan aku.
Bila aku ingin berhenti menunggu, senyumannya sudah cukup.
Cukup untuk buat aku kembali menunggu.

Di antara aku dan kemenangan adanya kata kerja tunggu.
Tidak apa. Aku akan tunggu.
Sambil menunggu, cara dicatur.
Agar lepas menunggu, aku menang.

Tuesday, 17 December 2013

Lebah : 90


Dengan nama Rabb Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. :D
Hari ini banyak perkataan 'ketua' muncul. Al-kisah baru balik menadah kitab Riyadhus Solihin. Jilid 4. Bab pemerintah. 

Pemerintah harus berlaku adil! Meletakkan sesuatu di tempatnya. And, kita semua tak kiralah orang gaji pon. Adalah sebenarnya seorang ketua dan perlu berlaku adil.

Bila bercakap pasal ketua, terdapat seorang khalifah yang mashur. Umar Abdul Aziz. Kenal? Pada waktu dahulu, khalifah akan mengimami solat Jumaat dan menjadi khatib membaca khutbah. Dan beliau sering kali, masukkan ayat 90 dari surah An-Nahlu yakni membawa maksud lebah.

Umar Abdul Aziz merupakan seorang khalifah dari keturunan Khulafa Ar-Rasyidin yang kedua. Umar Ibnu Khattab. Pernah tak dengar cerita tentang seorang perempuan dan ibunya yang ingin menjual susu? Tetapi susu tersebut kuantitinya sangat sedikit. Lalu ibu perempuan tersebut mencadangkan susu tersebut ditambah dengan air untuk memenuhkan botol. Tetapi perempuan itu takut dengan tuhan yang Maha Melihat lalu Umar Al-Khattab mendengar akan apa yang terjadi lalu menikahkan perempuan tersebut dengan Anaknya. Abdullah ibnu Umar. Lihatlah bagaimana beliau memilih perempuan yang mempunyai akidah yang sahih meskipun berasal dari keluarga yang miskin. Umar Abdul Aziz berasal dari keturunan ini.

Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya. (An-Nahl:90)

Ayat di atas, merupakan ayat yang sering beliau muatkan dalam khutbahnya. Sehingga hari ini, setiap khutbah Jumaat pasti dibacakan ayat di atas. Diriwayatkan, terdapat sahabat yang tanya kepada Rasulullah, "Apakah boleh kiranya baginda berikan rumusan daripada Al-Quran?" Lalu dibacakan ayat di atas.

Jom
  1. Adil
  2. Buat Baik
  3. Tolong-menolong
  4. Cegah maksiat / Tolak kemungkaran
  5. Sentiasa beringat melalui ayat-ayat Al-Quran.


Monday, 9 December 2013

Nak jadi IronMan.

Kadang-kadang terhingin nak jadi Ironman.
Nak jadi Ironman yang kat tangan dia ada hidayah repulsor.
Eh! Tak boleh. Hidayah milik Allah!
Baiklah, ganti dengan nasihat-nasihat dan ajakan kearah kebaikan yang tersalut dengan al-hikmah.

Bila tengok sahaja manusia yang nak buat kejahatan. Halakan tangan kat dia, pastu niat kat hati. "Chiuuuu" bunyi repulsor kat tangan tu menembak nasihat-nasihat yang mengingatkan akan kepanasan api neraka.

Di visor kepala pulak dapat scan siapa yang inginkan Islam. Cuma perlu sedikit lagi kebenaran untuk mengucap kalimah tauhid. Mudahnya untuk tahu siapa yang boleh di approach.

Hakikatnya, andai dakwah dan kerja mengislahkan ummah akhir zaman ini senang sebegitu rupa, agaknya rancangan seperti maharaja lawak dan akedemi fantasia sudah bertukar menjadi maharaja zuhud dan akedemi syurga. Mungkin rancangan-rancangan realiti yang mengajak kepada kebaikan dan melatih rijal-rijal musleh.

Syurga itu mahal harganya. Bekerjalah. Bercucuk-tanamlah di dunia. Berjual belilah dengan Allah.
Nanti kita sama-sama tuai hasilnya di syurga. Insya Allah.
:*

Thursday, 5 December 2013

Dalam diriku masih ada JAHILIYAH!

Siapa tak kenal. Dua sahabat Rasulullah S.A.W yang sangat beperibadi mulia. Yang sungguh saya dengki dan jeles sebab merepa sempat ditegur Nabi Allah. Sempat bersua muka dengan utusan terakhir malah pembawa risalah yang akan menerangi seluruh Alam ini InsyaAllah satu hari nanti.

"Pijaklah kepala aku! Pijaklah! Demi Allah, aku mahu kau pijak"

Abu Dzar meletakkan kepalanya di tanah berdebu. Dilumurkannya pasir ke wajahnya dan dia tunggu dengan penuh harapan supaya terompah sahabatnya mendapat di pipinya.

"Sahabatku, aku merayu!" rintihnya, "Pijaklah wajahku. Aku sangat berharap degannya Allah akan mengampuni aku lalu menghapuskan sifat jahiliah dari jiwaku." Abu Dzar hampir mengangis. Isi hatinya terumbang ambing. Dia menyesal. Dia sedih. Dia takut. Bercampur-baur perasaannya.

Bilal si pemilik suara emas terus menggeleng kepala sambil mata berkaca-kaca.

Peristiwa itu berawal dari kekesalan Abu Dzar pada Bilal. Dia merasa Bilal tidak mengerjakan sebuah amanah dengan utuh, bahkan seolah memberi alasan. Abu Dzar tidak dapat menahan kekecewaanya lalu melontarkan kata-kata kasar.

"Wahai anak budak hitam!"

Rasulullah, manusia teragung di muka bumi terdengar lalu bergegas ke Abu Dzar ibarat petir menyambar. Abu Dzar ditegur.

"Engkau! Sungguh dalam dirimu masih terdapat jahiliah!"

Lalu Abu Dzar diselubungi rasa bersalah serta-merta bersujud dan memohon Bilal memijak kepalanya. Tapi Bilal tidak pedulikan arahan Abu Dzar. Bilal marah malah haru.

"Aku memaafkan Abu Dzar, ya pesuruh Allah", kata Bilal lagi, "Dan biarlah urusan ini tersimpan di sisi Allah, menjadi kebaikan bagiku kelak"

                                                                              *****

Lalu diri ini yang super kerdil kalau nak dibandingkan dengan 2 sahabat Rasulullah di atas, terasa sangat kecil. Ibarat pasir nak dibandingkan dengan saiz bumi. Atau mungkin tak layak lansung dibandingkan.

Tersentak. Cuma satu herdikan. Terasa dalam diri ini  punya banyak lagi jahiliah. Banyak kejahatan. Banyak keburukan. Dosa. Bayangkan umur jasad ini yang sudah berumur 20 tahun. Bayangkan pula dosa yang telah dikutip. Tak perlu dicerita, nanti mengaibkan diri sendiri pula.

Cuma mahu berkongsi "kesentakan" itu sahaja. Ya! Hari ini, siapa yang telah kamu perlekehkan? Tidak! Tukar soalan. Hari ini siapa yang telah aku perlekehkan?

Jahiliah hari ini masih banyak seperti semalam? Berkurang? Bertambah?
Nak jadikan alasan bahawa diri ini manusia, fitrahnya melakukan kesilapan. Sudah-sudahlah. Sekali dua nak guna alasan seperti itu tak apa.

Sekali salah. Learn your lesson. And never do it again.

Allahu. Limaza taqulu namala taf a'luun!
Mengapa kamu tidak mengerjakan sesuatu yang kamu kata.
Ayuh, laksanakan apa yang kita cakap.
Medan amal terbentang luas.

*Kisah Abu Dzar dan Bilal dipetik lalu di edit ke bahasa Melayu bagi sedapt  from Dalam Dekapan Ukhwah karya Salim A Fillah

Wednesday, 16 October 2013

Rahsia Islam?

Abu Umar Sufyan pernah bertanya pada utusan agung Allah yaitu Muhammad saw.

"Wahai Rasulullah, katakan kepadaku sesuatu dalam Islam yang dengan itu aku tidak perlu bertanya lagi kepada orang lain,"

Rasulullah saw. menjawab

"Katakanlah! Aku telah beriman kemudian istiqomahlah!"
(Hadis Riwayat Bukhari)

Mari kita lihat semula rukun Islam yang pertama. Yakni bersyahadah. Di mana kita menyaksikan tiada Tuhan selain Allah, dan kita turut menyaksikan bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah.

Umat Islam di atas muka bumi ini tidak terbilang dek jari. Kalau tak silap sudah mencecahi sepuluh angka. Tetapi adakah kita yang mentadbir bumi? Tidak.

Rahsia bagi umat Islam yang berkualiti terletak pada rukun Islam yang pertama ini. Di sinilah asas akidah islam yang sahih, akhlak yang mulia dan ibadah yang benar akan terbina.

Andai kita mengaku Allah itu tuhan kita, sudah pasti kita yakin dengan hati lalu mengaku dengan mulut dan kemudiannya kita zahirkan dengan amal bahawa Allah itu wujud dan segala perintah Allah itu akan memberi keamanan.

Andai kita mengaku Rasul agung Muhammad saw. sebagai pesuruh Allah sudah pasti baginda dijadikan contoh ataupun qudwah untuk kita.

Masalah kita sekarang ialah apabila kita tidak tengok dengan mata hati kita akan besarnya makna syahadah ini. Sudah pasti, kalau syahadah ini tidak penting, ia tidak akan bertakhta sebagai rukun Islam yang pertama.

Back to the hadith, Rasulullah saw. suruh kita beriman dan kemudian istiqomah.

Kita patut beriman pada tuhan yang satu, Allah. Yakin akan kewujudannya. Yakin akan sifat-sifatNya yang agung. Yakin akan perintah-perintahnya.

Kita patut beriman pada Rasulullah, Al-Quran yang telah diturunkan kepada baginda sebagai buku panduan. Jalan jihad yang telah dilalui baginda juga sebagai jalan kita.

Wahai manusia! Kau ada dua pilihan.

Sama ada hidup mulia atau mati syahid.
Syurga atau neraka.

Thursday, 19 September 2013

Mata Moon

Ini tugasan esaimen Bahasa Melayu Komunikatif.

Tajuk dia Mata Moon.

Moral Values : Kawanlah dengan semua orang.

            Mata Moon

Meleleh laju air mata Moon. Jatuh ke tanah. Terasa kakinya lemah, tak bermaya. Bagai tiada kuderat untuk menampung dirinya yang membawa sekeping hati. Hati yang terkesan dek penghinaan rakan-rakan sekampung. Sebaya.

            “Woi, cacat! Yang engkau sibuk datang sini buat apa? Cawilah orang cacat yang sewupa macam engkau buat kawan,” Jerkah Adi yang masih pelat bila bersuara. Tangan dicekakkan ke pinggang sambil menjeling ke arah Moon. Bagi Adi, Moon yang berlainan jantina dengannya serta cacat penglihatan sebelah mata tidak layak berkawan dengannya. Hina. Jijik.

            “Kau pewgi kawan dengan ular! Sama-sama buta,”.

            Meskipun mata kirinya tidak dapat lihat keangkuhan dan kesombongan Adi, tetapi mata itulah yang sering mengalirkan air mata. Seolah-olah mata itu lebih sedih dari diri Moon kerana ia adalah punca Moon dipinggirkan Adi dan rakan sebaya yang lain.

***
            “Moon, kau dah ciap kerja Matematik ke bewum?” Adi terus merampas buku latihan Moon.

            “Dah. Kau nak tiru ke? Boleh je. Tapi kau kena kawan dengan aku,” kata Moon sambil mata kanannya memandang tepat ke arah mata Adi.

            Adi terus membawa buku Moon ke tempat duduknya. Dalam tiga minit, selesai semua kerja disalin. Tidak senombor pon tertinggal. Adi berlari ke meja Moon semula. Kali ini dengan senyuman. Senyuman puas hati. Lega. Jika Cikgu Murni yang tak pernah bermuka manis itu menyemak bukunya nanti, sudah pasti dia dipuji. Jawapan Moon selalunya betul.

            “Moon, ni buku kau. Tewima kasih tau! Kaulah kawan baik aku” Adi senyum sinis selepas memulangkan buku Moon.

            Itulah kali pertama Moon rasa dirinya diterima. Senyuman yang terukir di bibir Moon hampir mencecah ke telinganya. Gembira kerana Adi merupakan kawan pertamanya. Sebelum ini, tiada sapa yang pernah mengaku dirinya yang cacat itu sebagai kawan.

***

            “Bagi tangan kamu! Kenapa kamu tidak siapkan kerja rumah yang cikgu bagi semalam?” Cikgu Murni menjegilkan mata sambil menarik tangan Moon.

            “Ta..ta..tapi..”

            Piaaang! Laju rotan dibidas ke tangan Moon. Merah tapak tangan Moon kesan rotan yang bersaiz kecil tapi amat bisa bila Cikgu Murni yang menggunakannya. Rotan itu telah berjasa pada Cikgu Murni sejak dia mula menjadi cikgu disiplin di Sekolah Kebangsaan Lahar Yooi. Muka Moon merah padam. Malu dirotan dihadapan murid 5 Tekun.

            “Tapi saya dah siapkan semalam cikgu! Saya tak tipu. Tadi Adi…” belum sempat Moon menjelaskan, Cikgu Murni terus mengarahkan Moon untuk balik ke tempat duduknya. Mata kiri Moon mula menitiskan air mata kesedihan. Senyumannya yang manis sebentar tadi ibarat telah dicampur dengan cuka. Pipinya yang putih melepak dibasahi air mata.

            “Cuba tengok bawah meja kau,” bisik Adi lalu mengenyit mata.

Sekeping kertas yang tercarik. Direnyuk. Moon tahu bahawa ini semua kerja Adi. Adi telah mengoyak helaian kertas yang tertulis jawapan kerja sekolahnya semalam. Hati Moon sakit. Hati Moon remuk. Hati Moon hancur. Seumur hidupnya, hanya beberapa minit dia merasa perasaan mempunyai seorang kawan. Tapi kawan itulah yang telah melontar hatinya ke arah batu yang tajam. Kini hatinya berdarah. Didarahi pengkhianatan.

***
            Ucapan terima kasih dapat didengari di setiap kelas. Loceng tamat persekolahan baru sahaja berbunyi. Moon memerhati Adi. Moon ingin sekali menemani ‘kawan’ barunya pulang ke rumah. Moon masih belum berputus asa. Mana mungkin hubungan kawan putus begitu sahaja. Ibunya pernah berpesan, “kalau Moon ada kawan, kawan biar sampai mati,”. Moon tidak pernah ingkar dengan nasihat ibunya yang selama ini menjadi punca duka dihilangkan.

            Sedang asyik Moon leka terfikirkan nasihat ibunya, dia terlihat seekor ular tedung sedang mendekati Adi. Moon risau, ular itu akan mematuk kawan baiknya. Moon segera menggapai dahan yang kering di tanah lalu berlari ke arah Adi. Moon cuba memukul ular tedung tadi tapi terkena kepala Adi. Adi pengsan tak sedarkan diri. Ular tadi hilang entah ke mana ia menyorokkan diri. Mungkin takut dengan mata Moon.

            “Adi! Bagunlah!” Moon cuba menyedarkan Adi.

            Moon melihat ke arah hujung dahan yang dipegangnya. Tajam. Lalu Moon memerhatikan mata Adi yang sempurna.

            “Kitakan kawan baik. Mesti kau nak rasa apa yang aku rasakan? Barulah kau boleh faham kawan baik kau ni,” Moon bermonolog sambil mengusap dahan kering yang tajam di mata kiri Adi.

            Senyuman yang terukir di bibir Moon hampir mencecah ke telinganya sekali lagi.

            “Aku dah ada kawan baik,”.

            

Sunday, 18 August 2013

Peringatan. Buat Diri. Buat Awak. Buat Dia. Buat Semua.

Allah memiliki jari saya. Allah memiliki otak saya.
Allah memiliki awak. Allah memiliki saya. Allah memiliki dia. Allah memiliki semua.

Allah mengilhamkan apa yang bakal dibaca pada post ini.
Anggaplah, peringatan ini dari Allah, melalui saya.

Kadang-kala dalam kita tidak sedar. Kita menilai seseorang. Kita mengangkat diri kita setinggi langit.
Seputih kain yang baru diproses. Tiada dosa. Yang dinilai itu sungguh hina, seolah-olah neraka confirm destinasi akhir baginya.

Tapi lupakah kita bahawa Allah memiliki awak. Allah memiliki saya. Allah memiliki dia. Allah memiliki semua? Boleh jadi sekarang iman kita berada di atas. Tetapi Allah boleh sahaja menterbalikkan keadaan. Tiba-tiba kerana benda remeh iman kita rebah. Yang dihina tadi pula datang menasihati kita lalu membisik 'Ayuh, ikut aku ke jalan yang benar'.

“Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.”

Jangan mudah menilai. Itu kerja Allah. Sedangkan si pelacur yang memberi anjing minum pun dimasukkan ke syurga.

Andai kita rasa kita di atas jalan yang lurus, ambillah peluang yang ada. Jangan sia-siakan.

"Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),

Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)." (As-Shams : 9 - 10)

Maka milik Allahlah segala Ilmu didunia ini.


Friday, 5 July 2013

Surat Cinta

Kami dikumpulkan kerana Allah.
Bertemu kami kerana Allah.
Berpisah kami kerana Allah.



Ayub mintak tab, katanya nak conteng-conteng. 
"Nah." Kataku 
Tetiba bunyi camera meransang gegendang telinga.
Diberikan semula tablet. Dis is what I found.
Qolbu mana yang tak tersentuh?
Insya Allah akhi, kita berkumpul semula di syurga satu hari nanti.

;)

Tuesday, 11 June 2013

Joker



The Dark Knight. The Joker. Batman. The joker. One with a black mask. One with powdered face. Weird. Do not judge a hero based on his suit. Well, when you are wearing black, you are supposed to be a bad gay. But yet, the Dark Knight saves the day. And got him self another sequel, The Dark Knight Rises.


Uoh. So? Well. There is something, tingling in my brain. Harrasing my medula oblongata. Forcing me to wonder. How does someone like Joker able to exist? Does he exist in our world? Reality. Bla Bla Bla.  Im not talking about somebody with a pathetic make up on their face running around town, killing people. It is Joker's psychological condition that attracts me. Let me quote him
"Do I really look like a guy with a plan? You know what I am? I’m a dog chasing cars. I wouldn’t know what to do with one if I caught it. You know, I just… do things."

AH. What a strange guy. All I can say that, this guy has nothing to lose. He can do anything. He has no family, love partner nor friends. Ah, what a sad guy. The only way for him to feel happy, is to do something that is against the norm. Why? By doing that, he gets massive attention. From the cops, media. And UH-OH, The Dark Knight!

Look at his mouth people! He draws a fake smile using a lipstick. That shows how sad his life can be. He has a sad life. But his brain works like magic. Look at all his plan. What if Joker is a good guy with a real smile (not drawn by cheap lipstick) runs Malaysia? Fuh. I bet he would be a good prime minister, Whoopsie. Now we are getting into political stuff. Lets avoid it while we can.

Now here comes the part where I insert meaningful and motvational stuff. You see. When we were born to this world. We have our mother and father. I wonder what happened to Joker's. Then we go to school, we met friends. These people were the reason we smile. Mix around. Exchange ideas. Talk more. Or we can say, find somebody that you can trust. Express. Find a real good friend.

Let me leave you with something to ponder. Joker said

"I believe whatever doesn’t kill you, simply makes you…stranger."

Assalamualaikum

Wednesday, 5 June 2013

Mari semaikan benih-benih cinta.

Assalamualaikum.
Izinkan kite update blog kita sekali lagi supaya, cuti ni tak terbuang begitu sahaja. Jangan risau, entry kali ini akan mengajak kepada kebaikan dan bukan sia-sia. Almaklumlah, kalau sembang pasal benda sia-sia, sia-sia lah jadinya.

Baik, sebelum ni kite pernah update pasal cinta kepada Allah kan? Kali nak jugak cerita pasal cinta. Nak ajak menyemai benih-benih cinta dalam hati, siram dengan iman. Dibajakan pula dengan amal yang soleh.



Sebelum tu, tahu tak kenapa manusia, Allah suruh mengajak kepada kebaikan, dan mengatakan NAHI kepada mungkar? Sebenarnya, bila kita mengajak kepada kebaikan, kita akan memberi arahan kebaikan itu kepada orang yang kita nasihat dan juga diri sendiri. Cuba tengok surah As-Saff : 2-3.

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang. 

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang tidak kamu lakukan? 

Amat besar kebencianya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan.

 Bilamana kita dah larang orang buat sesuatu, kita akan dapat kesedaran, kalau aku buat apa yang aku sendiri larang, dahlah aku berdosa, lepastu aku dapat kebencian Allah. Nampak tak connection dia?

Baiklah, kita nak tanam benih-benih cinta. Bukannya bibit-bibit kebencian dari tuhan. Andainya tuhan disayangi, apa-apa pon terjadi kita akan redha. Ingat senang ke nak dapat perasaan redha ni. Bayangkan, kita ada RM50 dalam wallet. Baru cash out nak bayar yuran tahunan kelas. Tetiba wallet hilang. Redha? Uhuks. Tepuk dada tanya iman.

Okey, bila kita cuba untuk cinta Allah, kita akan diuji. Dan melalui ujian Allah ini lah, kita akan tahu, kita redha tak dengan ketentuan Allah. Allah berfirman yang lebih kurang maksudnya : "Apakah manusia menyangka mereka beriman sedangkan mereka belum diuji" ( Al-Ankabut : 2)

Jangan risau kalau anda rasa anda tidak diuji. Sedangkan kita hidup sehari-hari ini pun merupakan satu ujian. Ujian sama ada Allah masih rabb kita atau kita telah syirikannya. 

Berbalik kepada effect tanamkan benih-benih cinta kepada Allah. Kita akan terima, apa sahaja ujian Allah. Apa sahaja pemberian Allah. Nasihat untuk diri saya dan anda, Ingat, apa yang kita nak, tak semestinya baik untuk kita, apa yang kita tak nak, mungkin bermanfaat pada kita. Ingat, Allah Maha Pemurah. Bila kita sayang Allah, kita akan bersangka baik dengan Allah. Trust me, loving Allah, is way better than loving someone else. Efek dia menyentuh qolbu (hati).

Ingatlah, ujian apapon diberi Allah. Jangan sesekali kita salahkan Allah. Tarik nafas, buka minda dan terus lapangkan dada. Allah sayang kita, kita pon sayang Allah. Allah nak kita jadi orang yang beriman.



Ayuh, cinta dan redha.

Aku telah rela dengan Allah sebagai Tuhanku, dan dengan Islam sebagai agamaku, dan dengan Muhammad sebagai nabi dan rasulku.


Monday, 20 May 2013

An Idle Mind Is The Devil's Playground

Banyak betul masa kosong.
 Kuliah habis awal. 
Malam rehat tiada sesal
Senang si syaitan datang hinggap
Bisik godaan demi godaan.
Taktik dan strategi si syaitan memang mantap.
Hati diusik.
Nafsu dibolak-balik.
Akal leka lalu asyik.

Banyak betul masa kosong
Sini-sini
Kita tukar bagi untung
Kita cari ilmu untuk diusung
Supaya di destinasi kita tak rugi tapi untung.
Masa kosong kita tambah ilmu
Jangan ikut,
Syaitan cakap cepatlah jemu.
Jangan ikut,
Syaitan cakap otak dah semput
Jangan ikut,
Nanti banyak betul masa kosong.


Monday, 13 May 2013

Nak Pesan Boleh?

Pesan Ini Untuk Diri.
Pesan ini untuk semua.

Faham kan maksud cinta? Bila cinta akan sesuatu. Of course usaha lebih untuk dapatkan.

Contoh
1. Cintakan seorang perempuan. Then perempuan tu minta tolong. Of course, kita akan tolong with extra effort berbanding dengan seorang yang tidak dicintai.

2. Cintakan benda. Punya lah nak sangat xbox. Time sekolah, duit belanja disimpan. Tak makan pon tak apa. Sanggup bekorban. Duit dah cukup RM1k. Beli.

Pesan : Cinta Allah. Sayang Allah. Berkorban untuk Allah.

Kalau hati dah cinta Allah, pasti akan buat yang terbaik untukNya. Lillah hi taala. Berkorban demiNya.

Ikhlas. Ikhlas ni rahsia Allah.

Aku serahkan kepadaMu ya Allah, segala amal, usaha aku.

Aku redha apa yang Engkau berikan. Apa yang Engkau hilangkan.

Engkau memilikiku.


Tuesday, 26 March 2013

Syurga Atau Neraka

Beriman atau Jahil
Islam atau Kafir
Beramal atau Kufur
Pahala atau Dosa
Hidup atau Mati
Kanan atau Kiri
Syurga atau Neraka

Sekarang nak buat karangan berdasarkan ayat-ayat kat atas. 

Hye, untuk pengetahuan semua, Allah sediakan hanya syurga dan neraka untuk hamba-hambanya. Tak ada yang tengah-tengah. Macam ni, kita diberi nikmat nyawa untuk beribadah. Dan segala amal ibadah kita ni, merupakan saham yang akan dibawa ke akhirat. Tangan Kanan atau kiri, buku amalan yang diterima menentukan sama ada berat lagi pahala, ataupun berat dosa.

Yeeeesss, nanti amalan-amalan dan dosa-dosa ditimbang. Ada neraca. Dats why kita kena start sedar dari sekarang bahawa hidup ini bukan semata-mata nak enjoy. Pepatah orang putih kata YOLO, (you only live once) ataupun life starts at 40, sangat buat kita cintakan dunia melebihi akhirat. Kita sebagai muslim osem, kena percaya bahawa kita hidup 2 kali. Satu di dunia, sekali lagi di akhirat. Kalau banyak kerja amal serta beriman, insyaAllah, selama-lamanya di syurga. Kalau kafir? Nerakalah selama-lamanya.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka adalah surga Firdaus menjadi tempat tinggal,”. (Al-Kahfi: 107)


Friday, 15 February 2013

Nama aku dah memang hamba.

Abdul
Itu  nama aku, di ikuti dengan Falakh (فلاح) kemudiannya Zafrieyl. Terima kasih ayah atas nama yang indah ini. Terima kasih along atas "Zafrieyl" itu. Mak, terima kasih, 9 bulan aku dalam perut, terima kasih juga pada angah, alang, abang hakim, teh, cik, dibah, abby sebab ada dengan aku sehingga aku dah nak dekat 20 tahun dah. Balik pada perkataan yang besar serta di boldkan di atas tadi. Tahu apa maksud di sebalik abdul tu? Hamba maknanya. Ya. Aku hamba.



Aku hamba, kamu hamba, semua hamba. Kucing di dalam sangkar, katak bawah tempurung, ikan dalam jala, turut tidak terlepas dengan pangkat hamba. Hampa pada siapa? Pastinya milik yang maha sempurna. Milik yang berkuasa akan hari pembalasan. Milik yang maha pengasih lagi maha penyayang. Kita milik Allah taa'la.

Hamba ini sifat dia memerlukan tuannya. Dan fitrah manusia lemah seperti aku, mengharapkan rahmat. Untungnya hamba ini, Tuannya sangat pemurah. Tidak, "sangat" tidak sesuai dengan sifatNya. Maha pemurah! Mana tidaknya. Dari aku kecil, tak pernah henti nikmat diberi olehNya. Untungnya aku dilahirkan ke dunia dapat merasa nikmat Islam, nikmat Iman, nikmat dikasih ayah dan ibu, disayang kakak dan abang, di buli manja sahabat-sahabat, malah bila diuji pon, ada nikmat disebalik ujian tersebut. Nah. Nampak tak tuan aku Maha Pemurah?



Tapi sifat hamba ini, kadang-kadang dia leka. Dia lalai. Mudah betul lupa. Sampai kadang-kadang dipukul, dipalu untuk kembali setia pada tuannya, masih tidak terjaga dari lamunan dunia. Sehinggalah betul-betul sempit, buntu, barulah nak menangis, barulah nak kembali mengadu domba kepada yang memilikinya. Tak malu sungguh. Kalau Dia dah memiliki seluruh alam, dia tak pernah rugi bila aku leka dengan dunia. Malahan, aku yang rugi bila aku lalai. Tapi Dia Maha Pemurah. Hidayah ditiup pada hambaNya yang dia ingini. HambaNya hanya perlu bentang sejadah, wudhuk, sujud dan minta. Jika di-inginkanNya untuk kembali patuh, maka kembali patuh lah hamba tersebut.

"Sesungguhnya orang-orang yang membeli (memilih) kufur dengan meninggalkan iman tidak sekali-kali mereka akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Ali-Imran:177) "

Mungkin nama ku nampak hina, nampak rendah martabatnya. Tapi ingatlah, bukan aku sahaja milik Allah. Engkau pun dimilikiNya. Yang membezakan kita ialah iman di dada. Falakh atau sebutannya فلاح "FALAH" membawa makna kejayaan.

Ya, aku ingin menjadi hamba yang berjaya. Berjaya sampai ke syurga. Berjaya mencapai RedhaNya. Bukan hanya berjaya dalam risalah ini. Bukan hanya kencang di internet. Tapi berjaya di dunia akhirat. Insya Allah.



Tinta sudah mengering, biar aku sudahkan dengan ayat yang setiap hamba perlu tanam dalam jiwanya. Ayat dari Ummul Kitab. Ayat ke 5.

                       إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
                “Kepada Engkau kami sembah dan kepada Engkau kami meminta pertolongan”


-Hamba yang ibarat sebutir pasir di pantai nilainya. Mengharapkan pertolongan. 

Sunday, 3 February 2013

Khabar Dari Gaza


Alhamdulillah, selepas Subuh hari ini, sharing yang terakhir telah diberikan oleh akhi Fadly Hasby. Beliau merupakan aktivis Aqsa Syarif yang pernah ke Gaza. Beliau datang ke Miri untuk sampaikan pengalaman dan cerita-cerita hebat dari Gaza. Apa yang akan kite tulis, semuanya hasil perkongsian kelima-lima sesi.



Sepertimana kita tahu, baru-baru ini, Gaza telah diserang. Bermula dengan pengoboman kereta As-Syahid Al Jabari. Orang kuat Hamas dan Briged Al- Qassam. Berikutan dari pengeboman itu, roket-roket dari Israel terus menerus diterbangkan lalu memusnahkan banggunan-banggunan yang ada di Palestin.

Tetapi, rakyat Palestin kuat. Kuat dari segi tenaga, kuat dari segi minda. Baru sahaja banggunan serta rumah runtuh dibom, beberapa hari kemudian, datang batu-bata untuk bina semula. Pihak Israel sehingga tidak tahu sama ada tempat tersebut sudah dibom atau belum kerana dalam sekelip mata, rumah-rumah kembali pulih.

Disebut pula kisah tentang seorang kanak-kanak bernama Ahmad. Kanak-kanak istimewa. Tahu apa cita-citanya? Dia ingin menjadi hafiz. 30 juzuk Al-Quran ingin dihafal. Sekarang surah At-Tariq sudah dihafal olehnya. SUpaya dapat menyertai Briged Al Qassam. Ingin melawan Israel Laknatullah. Ingin syahid, ingin mencari redha Allah. Dan semasa Akhi Fadly bersembang dengnnya, tiba-tiba dia berkata "InsyaAllah, Satu hari nanti, kita pastu akan solat di Masjid Al-Aqsa" sambil tangannya menunjuk-nunjuk ke langit. Yaking dengan janji Allah. Islam pasti menemui jalan kemenangan.

Sebuah cerita menyayat hati apabila seorang doktor terpaksa bertugas selama 8 hari di hospital. Anak, isteri ditinggal di rumah. Demi keselamatan dan demi nyawa penduduk-penduduk Palestin. Itu bukan klimaks bagi kesedihan cerita ini, tetapi apa yang menyedihkan ialah apabila beliau sedang bertugas, tiba-tiba dilihat dihadapan matanya, anaknya sendiri telah syahid. Ya Allah, kentalnya hati-hati penduduk Palestin ini. Sungguh kite kagum dengan semangat juang mereka.


Dalam kesempatan itu, kite jugak telah ke SK Kita Niah. Sharing diadakan beraudiencekan bebudak sekolah rendah. Yang ni memang bes. Budak-budak sekoah ni sangat sempoi. Dan mereka semua kreatif. Semasa program dilaksanakan, mereka telah membuat tabung khas untuk saudara2 di Palestin. Dan pengalaman ini, first time kite jadi Imam solat dhuha untuk budak2. Segala puji bagi Allah kerana telah memberikan peluang untuk mendapat pengalaman sebegini.



Jangan lupa untuk doa buat saudara-saudara kita. Di sana, apabila ditanya "Apa yang diingankan daripada rakyat Malaysia?" Mereka menjawab, mereka cuma inginkan doa rakyat Malaysia serta muslimin di Malaysia memantapkan akidah dan iman. MasyaAllah. Mereka tidak memina sumbangan pun. Namun, kat tepi belah kanan blog ni, ada akaun untuk Aqsa Syarif. Akaun untuk antum semua menderma. Ayuh ikut gerabak yang membantu serta menyumbangkan rakyat2 Palestin.  Bak kata Ahmad, Satu hari nant, Al-Aqsa pasti dibebaskan! Takbir! ALLAH HUAKHBAR


Wallahualam.



Saturday, 19 January 2013

Sejarah telah tercipta.

Takbir! Allahu Akhbar!
Takbir! Allahu Akhbar!

Takbir! Allahu Akhbar!

Tanggal 19 January 2013, stu detik yang sangat bersejarah. Satu wadah bagi mahasiswa untuk meneruskan dakwah dan tarbiyah telah rasmi dilancarkan. Kite telah menjadi perwakilan bagi IKRAM siswa Miri, Sarawak. Jauh kite datang semata-mata nak attend majlis yang sangat bersejerah ini.



Semasa kite berada di sana, terasa diri begitu kerdil. Terasa yang lain ibarat keretapi laju dan kite macam kereta beetles Volkswagon yang semput je.Yelah, aku ni ilmu seciput, ikhwah2 lain suma macam mantap je.  Tapi yang bes semasa perlancaran tersebut, terasa manisnya ukhwah itu, terasa itsar dari ikhwah sana. Terasa macam dah lama kenal dgn semua org. Masya Allah, adakah ini yang dikatakan masyarakat Muslim yang sebenar? Apa apa pun, semoga Allah memberi pertolongan kepada kita. 

Semoga Allah jadikan aku mahasiswa abrar dan ahrar yang membawa fikrah islam itu syumul.

"Kami Adalah Ruh Baru Bagi Jasad Umat"

Wallahualam


Monday, 31 December 2012

Tahun Baru.


Assalamualaikum hamba-hamba sekalian! Maka bermulalah tahun baru 2013. Pada 31 December, kite happy sangat. Sebab dapat something. Apa kite dapat tu biarlah aku dan tuhan sahaja yang tahu. Tapi sirius gembira. Tak sangka tau. Terlompat-lompat seketika. Then dapat jumpa kengkawan St Michael before nak terbang ke Miri.

2012 dah habis. Banyak kenangan manis. Kenangan pahit. Pertemuan dan perpisahan. Tadi kuliah Maghrib ada buka kitab nazif alqulub. Makna dia penerang hati. Yelah, umur semakin meningkat. Hati pon harus dicuci dan dibersihkan. Diceritakan pasal Syahadah. New year, apa kata kita perbaharui syahadah kita. Tajdid niat kita. Mantapkan iman kita. Semoga kita sentiasa di bawah payung rahmat Yang maha-Esa.

Mengikut tarikh Hijrah, dah bulan Safar dah. Bulan yang ke dua dalam Kalender Islam. Nampak tak kita lagi maju sebenarnya dari orang lain? Tapi sayang, negara kita tak ikut betul-betul kalender Hijrah malahan lebih mengutamakan kalendar Masihi. Nama sahaja negara Islam, hukum Islam pon tak terlaksana. Ye dak? Cuba bayangkan kalau kita ikut kalender hijrah, mesti banyak peristiwa-peristiwa yang Rasulullah (selawat dan salam ke atas mu ya rasul Allah) dan sahabat lalui kita boleh kenang. Mesti lagi membara rasa jihad kat hati ni kan? Ok lah, takmo pot pet banyak-banyak.

Teruskan berjuang wahai mujahid mujahidah di luar sana. Banyak ganjaran untuk kita di syurga nanti.
Assalamualaikum.

Haaaaaaapppyyy sebab dapat hadiah new year! Kih3

Monday, 24 December 2012

Lets Go Back To January

What about a blogpost, with English text? Well, lets proceed. Its already 11.44 a.m 25/12/2012 when I am writing this. To be honest, Im in a sad mood. Feeling like my heart fell down from the top of KLCC, landed on a thorny stick, there it goes, that stick went through my heart. Ouch. You see, men can only be sad for two reasons. When he loses someone very special to him or when he loses his wallet. I did not lose my wallet. Nobody left me neither. I read a blog. And....my heart went through the KLCC-falling-stick-penatrating cycle again and again without stopping until...

      "Falakh, you were born into this world, to do what He had told you to do. How can a simple thing make you sad? Think of your brothers and sisters in Syria, Palestine. Their mom and dad died, they dont have enough food. Look at you? You are writing this blog post on a comfy bed and you still feel sad?"
    
      "But.. :( "

      "Enough with the but! Hardship, sadness, dificulty are all the same. They are just one of Allah's test to you. With different form and format. Now you may be sad. Now you may not have what you want to have. Did you forget that Allah is full with RAHMAT? Never stop believing"

  Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah! Now I feel good again! Hiks. I know, doa may grant me anything I want! Not in this dunya, I shall get in in the akhirat. With Allah's permission of coarse. Back to the topic, yeap, I only have 6 days left. My flight is on the 2nd of January. Gonna start my degree soon in January. Leaving my mum and dad alone in this house sure makes me feel bad. But Im leaving for a greater good. To pursue my dream! Hah! Im so gonna make them proud of me till they go like dis.

   "Baguih la anak aku, skor pointer tinggi, muka hansem, blajaq rajin." #MasukBakulLambungTinggi

December is almost over, lets welcome January in a few days.

Anyways, will write more soon. Toodles. May Allah bless all of you! :D


Thursday, 20 December 2012

Perang Sudah Tamat. Maaf, Bukan Cerita Sebenar.

Berita! Ya, berita di tv, berita di radio. Berita di dada akhbar. Berita, berita, berita. Berita inilah yang sedang buat hati ini membara. Marah! Sangat marah! Lihat dan dengar pada berita. Katanya di Mesir, rakyat bangkit menentang. Menentang Morsi. Presiden yang baru dilantik setelah Hosni Mobarak digulingkan. Morsi yang membawa dakyah islam. Tapi lihat dan dengar pada berita. Katanya rakyat menentang apabila Morsi ingin menggubal perlembagaan yang sedia ada. Anda tahu apa yang hendak digubal? Tidak bukan? Mestilah anda tidak tahu, berita hanya menceritakan tentang penentangan. Mereka tidak menjelaskan tentang apa yang ingin digubal, apa yang ingin ditukar, tapi difokus pada penentangan. Apa yang hendak digubal oleh Morsi ialah beliau mendemokrasikan semula negara tersebut. Memang ada pihak yang menentang. Tetapi, undian telah dijalankan. Rakyat Mesir telah disuruh mengundi sama ada ingin menyokong jika perlembagaan digubal atau dibiarkan seperti yang lama. Dan cuba teka, rakyat menyokong yang mana? Yeap, majoriti menyokong penggubalan perlembagaan. Nah! Mengapa hendak dibising tentang penentangan pihak pembangkang di sana? Kenapa tidak meng-interview pihak penyokong? Negara kita negara Islam, tapi sayang, media negara ini umpama ingin menjatuhkan nama Islam. Oh ya, mana POLIS ANTARABANGSA yang memperjuangkan demokrasi? Mana?? Morsi menyokong demokrasi tapi mengapa tak tolong? Double standard? PUIH. Nah bukti, aku tak cakap kosong. Penduduk Mesir sendiri menyokong! Majoriti. Nah bukti bahawa aku tidak bercakap kosong!

[ La bermaksud tidak dan na'am bermaksud menyokong]


Berbalik pada media, memang mendidih darah ini. Cerita penentangan seperti ini di war-warkan dengan besar sekali. Tadi aku attend kuliah maghrib kat surau dekat dengan rumah aku. Sebenarnya ustad yang memberi kuliah berbincang tentang solat jumaat, lalu dia menceritakan kisah-kisah kekejaman yang berlaku di Syria. Tetapi baru-baru ini sahaja nama SYRIA menjadi sebutan. Mengapa dulu tiada pendedahan? Ustad tersebut ketika itu masih belajar di Syria. Katanya, penah satu hari. Bashaar Al-Asad memberi 24 jam kepada semua universiti dan pusat pengajian agama Islam ditutup. Lalu, ulama-ulama dan para guru di sana menyuruh kesemua pelajar bangun malam dan solat hajat agar tidak ditutup. Tapi sayang, terdapat beberapa universiti telah ditutup. Salah seorang kawannya ke kuliah di pagi hari. Tetapi tiada siapa di sana. Even banner pon dijatuhkan. Kejam betul Bashaar ini yang menggelar dirinya ahli sunnah waljamaah.

Lalu diceritakan pula bahawa kesemua para tentera ahli sunnah waljamaah telah meletakkan jawatan. Keluar dan menentang kekejaman Bashaar. Jadi siapa yang menolong Bashaar ini? Puak syiah. Pernah dilihatnya, tentera-tentera syiah ini mengumpulkan pemuda-pemuda dikhalayak ramai. Disuruhnya mereka mengucap kalimah syahadah. Tetapi ia diubah. Mereka perlu mengucapkan 'la ilaha bashaar' PUIH! Memang aku ludah tentera dan pemimpin zalim ni kalau boleh. Ya Allah, mendidih betul aku dengar time ustad ini bercerita. Nak menangis pun ada.Jika tidak disebut, mereka disiksa. Ditendang. Nak tahu apa terjadi jika kalimah tersebut diucapkan? Mereka disembelih. Kenapa perkara ini tiada di dada akhbar? Mengapa? Terdapat juga satu negara ini, yang memberi bantuan kepada Bashaar. 1000 ahli tentera yang pakar dan cekap menggunakan sniper. Kanak-kanak dibunuh menggunakan askar sniper ini. "Biar kita bunuh kanak-kanak. Jika kita membunuh iba bapa mereka, 10-15 tahun nanti mereka bangkit menentang"

Syiah juga sangat memusuhi isteri Nabi Muhammad (peace be upon him), Aisyah radiallah an. Di sebuah kampung di Syria, pihak tentera ini masuk. Mereka mengumpulkan kesemua muslimah yang bernama Aisyah. Yang tua dibunuh dengan serta merta. Yang muda, dirogol beberapa hari, dibiarkan telanjang, lalu dibunuh. Mana polis antarabangsa? Mana? Puih. Ludah Amerika.

Dan yang paling sedih sekali, Bashaar ini menyuruh para ulama ditangkap. Dikurung bawah tanah. Diseksa. Lidah dipotong supaya tidak lagi dapat mengajar. Malah, seorang ulama dari Pulau Pinang yang mengajar ustad ini di sana telah ditangkap. Ustad yang memberikan kuliah ini pernah melawat. Katanya kuku jari kaki dan tangan dicabut. Panas! Memang aku panas je dengaaaaar. Kejam. Akhirnya tok guru ini meninggal di dalam tahanan tersebut.

Marah! Panas! Nasib mereka tiada siapa yang bela. Tiada siapa yang ingin memberitakan. Itulah situasi media. Yang menentang untuk hak sendiri dikatakan melawan. Yang membunuh dikatakan hero. 

Sabda Rasulullah (peace be upon him)
“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”

Kalau korang tak rasa marah, tak rasa geram walaupun sedikit membaca tulisan ini. Tanya diri itu cukup "islam' kah. Tengok perhati betul-betul hadis di atas. Aku tak mahu menilai. Itu antara kamu dan Allah.

:( Maaf atas kata-kata yang kurang sopan atau tidak sedap dibaca. 

Wallahualam