Pengejar

Friday, 14 December 2012

Islam atau islam.

     Tengok tajuk atas tu. Perhati baik-baik, tenung, lagi, dekat lagi, dekatkan lagi muka korang ke skrin. Macam ni ceritanya. Penah sekali tu, kite kluar lah makan tak ingat dengan sapa. Tapi time tu ada akhi shukri. Before makan-makan, sembang lah pasal islam.

      Dia amik garpu kat depan kite, die tanya "Agak-agaklah kan, garpu ni islam ke tak?"

     Dalam kepala apa lagi, pusing pening lah duk fikir. Soalan macam ni pon ada ka? Time ni kite rasekan, kite jahil lagi.Nak tau apa ada kat dada? Dosa, lagho dan lain-lain yang tak harus ada pada seorang muslim yang mukmin. Sekarang pon bukan ada apa kat dada ni. Tsk Tsk. (Yang penting, sebarkan dan terus mencari keredhaanNYa) Back to the story, kite memang tatau nak jawab. Siyes takot salah dan memalukan diri sendiri. Dalam kepala duk fikir ah. "Garpu ni, bukan bernyawa pon, dia tak solat. Takan dia Islam?". Lalu terkeluar lah jawapan "tidak" dari mulut kite.

     "Rasa-rasa kamu, sapa yang cipta garpu ni?"
     
      "Mesin lah kot? Pakai besi"

      "Sapa cipta mesin?"

      "Manusia kan? "

      "Sapa cipta manusia? Sapa cipta besi?"

      Boom! Sekali lagi kepala kena bomb. SubhanAllah! Allah pencipta segala-galanya. "Kenapa tak terfikir benda ni? Tu lah kamu, Hanya islam ketika ibadah, tak islam setiap masa" bisik hati kecil kite ni.
And lepas soalan pasal garpu tu ditanya, terus akhi shukri explain about Islam and islam. Nampak tak beza antara Islam dan islam? Nampak? Tengok elok-elok. terdapat perbezaan pada aksara I di kedua-dua perkataan. Perbezaan size. Kenapa Islam dan kenapa islam.

     Sesuatu perkataan yang mempunyai huruf besar di permulaan perkataan menunjukkan bahawa ia adalah Proper noun atau dalam bahasa kita kata nama khas. Sebagai agama yes, Islam memang satu kata nama khas. Tapi, apabila kita jadikan islam  bukan sahaja sebagai agama kita, tetapi juga cara hidup kita, maka Islam itu menjadi kata kerja lalu huruf i tu jadilah kecik. islam

     "Apa kena mengena huruf besar, huruf kecik ni? Macam nothing significant je?"

      Macam ni, dari pagi, kita bangun, kita bukak mata, kita baca doa. Kiranya kita bangun tidur secara islam lah tu! Ketahuilah "Percakapan kita adalah agama, berpakaian kita adalah agama, pergerakan kita adalah agama, berfikir kita adalah agama, tingkahlaku kita adalah agama, pemerhatian kita adalah agama, pendengaran kita adalah agama.... semuanya adalah agama. Agama bukan sahaja aturan atau jalan hidup tetapi agama ini adalah hidup kita ini. Setiap nafas kita ini adalah agama." (copy paste from iluvislam.com)

    Kebanyakan kita hanya Islam pada kad pengenalan dan nama. Wat about pada aktiviti harian, tingkah laku, akhlak, akidah dan ibadah? Islam tak? Yang itu antum tanya diri sendiri. Ermm, kite ni banyak cakap tak bermakna kite lah paling betol, kite lah paling alim, kite lah paling pandai, tidak sama sekali. Pesanan ini juga untuk kite sniri. Smoga kite dan semua menjadi lebih islam. 


Wallahualam. :)

Oh lupa, nah ayat dari al-quran. 

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitanitu musuh yang nyata bagimu
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 208)

Wednesday, 12 December 2012

Anak satu?

            Pooof, tukar default picture blackberry contact. Letak gambar anak-anak buah. Pandang punya pandang, tetiba rindu bebudak tu. Errr. Budak mana? Anak sape? Anak buah kite lah. Kalau nak dikira along ada 4 anak, angah ada 5 anak, alang ada 3, abang ada 2 anak, kak teh pon ada 2 jugak, kak cik pon ada 2, kak dibah pon ada 2. Tambah punya tambah = 19.
Perghhh. 


           Yeap, family kite besaaaaaaaar sngt. Seingat kite, tahun 1999 kite dah dapat anak buah yang pertama hasil perkahwinan along dan suaminya. And I was 6 at dat time! Lalu diberilah panggilan ayah cu kat kite. Dalam bnyak-banyak anak-anak kecil ni, sume kite sayang. Ayahcu ni lah penah buat susu, ayahcu ni lah tolong buai, ayahcu bawak pegi playground, ayah cu ni lah bawak tgk wayang, ayah cu lah pujuk time nangis, ayah cu lah itu, ayahcu ini. Paling bes skli jadi ayahcu, one day, dis cute little girl named Ain Nasuha (anak abang) was so shleepy. At first she was quite shy with me sebab dah lama x jumpa. Well, kids kan. Cepat lupa kalau lama x jumpa. Then ada botol susu dekat mulut dia. I was watching the tv. Lepastu, Dia tetiba datang kat kite, letak kepala dia kat riba kite. Kite wat tak tau je lah. Pastu kan, tgk2, dis petite girl dah tido atas riba kita. Kiut gileeeeee. 

          But you see, becoming ayahcu ada risiko tersendiri. Sama lah macam kerja kat pelantar minyak. Kalau tetiba ribut taufan, ahcaner? Tapi gaji besa. Same goes here. Risiko di sini yang perlu diketengahkan tuan-taun dan puan-puan, ialah kecederaan di muka, tgn, belakang atau perut. Bahayanya muka kite bile bebudak kecik ni berkuku tajam. Elok tengah bergurau senda dengan derang, Meawrrr! kena cakar kat pipi. Bagi anggota tangan pulak, bila dukung budak, pastu kita baling-baling, buat gaya superman kat derang, tangan akan cepat lenguh. Tambah lenguh bila ade pulak yang lain datang "Ayahcu, nak jugak?" or "ayahcu, nak agi?" dengan mata besar mulut mcm ni :3 How to resist all those cute creatures? LOL. Well, nasib ayahcu sayang kat hampa semua. 

                    Nak tau tak? During my birthday haritu, tiba-tiba kakak kite watsapp dan hantar dis video. They sang lagu happpy birthday to me. I was so touched. Tapi sedih, derang suma bukan anak aku. :( Jauh. Kadang2 je berjumpa. 


Errrr, Nak anak satu? I mean anak kandung. Luelz :3

Tuesday, 11 December 2012

Kambing Ke Penyembelihan

             
Kambing Ke Penyembelihan

        Bilik tersebut dingin dan bersih, langsir dibiarkan tidak terikat, dua lampu meja menerangi suasana. Dibelakang dia, dua gelas tinggi yang satu terisi air soda dan satu lagi whiskey. Kiub-kiub ice diletakkan dalam bakul istimewa.

            Mary Maloney dengan setia tunggu kepulangan suaminya dari kerja.

            Setiap detik dijelingnya jam, dengan harapan suaminya akan pulang dengan cepat. Dia yakinkan pada dirinya sendiri, setiap minit yang berlalu, selangkah suaminya dekat dengan pintu rumah. Tingkah laku Mary, diiringi dengan senyuman. Mary yang baru berbadan dua berkulit licin, bermulut merah dan mempunyai sepasang mata yang semakin besar dan hitam menunjukkan ketenangan. Apabila jarum jam hampir mengarah ke nombor lima dan jarum minit mengarah ke nombor sepuluh, Mary terdengar sesuatu, bunyi roda berputar, pintu kereta dikatup, bunyi tapak kaki melalui tepi jendela rumah, kunci dimasuk dan diputar. Dia bingkas bangun dari mesin menjahit, ke pintu lalu mengucup suaminya sedang suaminya masuk ke dalam.

            “Hye darling,” Mary menyapa

            “Hye sayang,”.

            Diambil kot suaminya dan disangkut. Whiskey dan soda dituang, dicampur. Segelas campuran, keras, diberi kepada suaminya. Dan satu gelas lagi dilebihkan soda dari whiskey untuk dirinya. Mary kembali ke mesin jahit. Bertentangan dengan Mary, suaminya sedang duduk memegang gelas. Dipegang menggunakan dua tangan, digoyang secara perlahan-lahan. Kedengaran bunyi ais didalam gelas berlaga-laga.

            Bagi Mary, petang-petang begini ialah saat paling indah dalam setiap hari yang berlalu. Dia tahu, suaminya tak akan bercakap banyak sebelum menghabiskan minuman dalam gelasnya. Mary, dengan adanya si suami di sisinya, gembira kerana tidak lagi keseorangan dari pagi. Mary suka akan segalanya tentang suaminya. Cara dia duduk, jalan malah cara dia membuka pintu dan memasukinya. Cara suaminya merenung ke matanya, bentuk mulutnya, dan cara dia berdiam diri mungkin kerana terlalu penat sehingga air di dalam gelas kini tinggal separuh.

            “Darling penat?”

            “Ye,” ringkas. “Saya penat,” sedang si suami bertutur, dia melakukan perkara yang pelik. Air di dalam gelas diteguk sekaligus. Hanya sekali teguk, kini hanya tinggal ketulan ais di dalam gelas. Walaupun konsentrasi Mary tidak kepada suaminya, tetapi dia tahu bahawa suaminya telah menghabiskan air sekali gus apabila mendengar bunyi ketulan ais jatuh ke dalam gelas semula. Suaminya sandar ke kerusi yang empuk untuk beberapa saat, kamudian bangun semula untuk mengisi gelas yang telah kosong tadi.
            “Biar sayang ambilkan!” teriak Mary .

            “Duduk.”

            Bila suaminya kembali, terlihat whiskey lebih pekat.

            “Darling, nak sayang amik selipar awak?”

            “Tak perlu.”

            Perhatian Mary beralih arah. Dia lihat suaminya menghirup whiskey berwarna kuning gelap dan pekat  oleh kerana terlalu keras.

            “Peliklah,” Mary berkata, “Pangkat awak kan besar, kenapa kena kerja sampai sehari suntuk. Suruhlah orang bawahan awak yang buat kerja.”

            Suaminya tidak menjawab. Mary tunduk semula untuk fokus kepada jahitannya. Setiap kali kedengaran suaminya menghirup whiskey, kedengaran juga bunyi ais berlaga gelas.

            “Darling, nak cheese? Harini sayang tak masak sebab harini kan hari Khamis?”

            “Tak payah.” Jawab suaminya.

            “Kalau awak penat sangat nak makan kat luar, saya masak je lah?  Banyak lagi barang dalam peti ais tu. Awak tak payah bagun dari kerusi tu sebab nanti saya hidangkan kat sini terus”

            Mata Mary menunggu jawapan dari suaminya. Senyum, mengangguk, tetapi tiada jawapan.

            “Sayang bawakan biskut dan cheese dulu lah ye?”

            “Saya tak nak makan.”

            Mary resah, matanya yang besar masih merenung si suami “Tapi darling kena makan. Biarlah sayang nak masak jugak. Lepastu, awak nak makan ke tak nak, terpulang. Mary bangun dan meninggalkan meja jahitan.

            “Duduk,” suaminya berkata. “Tolong duduk. Duduk!”

            Mary mula risau dan secebis ketakutan muncul dalam perasaan. Mary duduk semula.
            “Dengar, saya ada benda nak cakap dengan awk.”

            “Kenapa darling. Ada yang tak kena ke?”

            Suaminya kini tidak bergerak. Tunduk, lampu menerangi bahagian atas mukanya meninggalkan dagu dan mulutnya dalam bayang-bayang. Mary ternampak mata suaminya seakan-akan menyembunyikan sesuatu.

            “Mungkin awak akan terkejut,” kata suaminya. “Tapi saya dah fikir masak-masak dan benda yang paling rasional untuk saya buat ialah dengan memberitahu awak. Saye harap awak tak salahkan saya dalam perkara ni.”

            Dan si suami pun meluahkan segala isi rahsia yang tersingkap. Tak lama, empat atau lima minit. Setiap kata yang dilemparkan suaminya membuat Mary semakin jauh dengan dunia reality. Tak percaya.

            “Itu je,” tambah si suami.”Saya tahu, mungkin tiba-tiba je saye bagitahu pasal benda ni. Duit dan semua perkara telah diuruskan supaya awak tak terabai. Saya rasa tak ada apa untuk dikecohkan. Terjejas reputasi saya dan kerja saya nanti.”

            Mary tidak percaya akan apa yang telah didengarinya. Di dalam mindanya, hanya mulut suaminya yang bergerak tetapi tiada suara yang keluar. Mungkin kalau kerja didapur disambung, berpura-pura bahawa tidak mendengar sepatah perkataan pun dari suaminya, semua ini akan berkahir. Mungkin semua ini tak pernah terjadi.

            “Saya masak makan malam ok,” Mary bisik dan kali ini, suaminya tidak menghalang
.
            Mary berjalan ke dapur. Kakinya sejuk. Malah dia tak dapat rasa kakinya bersentuhan dengan lantai. Dia tak dapat rasa apa-apa pun. Mual. Mary bergerak seakan automatik. Lampu dibuka, peti ais dibuka, benda pertama yang disentuhnya di ambil keluar. Ia dibalur oleh kertas. Mary membuka kertas tersebut dan merenung.

            Kaki kambing.

            Untuk makan malam, kaki kambing bakar. Dibawa melalui ruang tamu untuk dipanggang. Kelihatan suaminya berdiri di jendela. Melihat ke arah luar. Mary berhenti.

            “Sudahlah,” si suami tidak memandang belakang. “Jangan masak untuk saya. Saya nak keluar lepas ni.”

            Pada saat itu, Mary Maloney jalan ke arah suaminya lalu mengangkat kaki kambing yang terbeku itu setinggi-tinginya, dihayun sekuat hatinya tepat ke belakang kepala suaminya.

            Di dalam mindanya terbayang dia menghayun kayu golf besi.

            Mary bergerak satu langkah ke belakang. Tetapi yang menggelikan hatinya ialah apa bila suaminya masih berdiri selama empat hinga lima saat selepas dihayun, terhuyung-hayang. Rebah atas karpet.

                Kekejaman, bunyi meja kecil terbalik membantu Mary sedar. Perlahan, dia sedar dari rasa terkejut, sejuk, matanya terkelip-kelip memandang jasad kaku, dengan tangan masih erat memegang ketulan daging tadi.

                “Jadi, aku dah bunuh dia” bisik hati kecilnya menenangkan diri.

                Dia mula berfikir dengan pantas. Sebagai isteri seorang detektif, Mary sedar akan hukuman yang bakal diterimanya.Tetapi dia tidak risau sehinggalah dia menyentuh perutnya. Adakah bayi ini akan dihukum bersamanya? Dua-dua dihukum bunuh? Atau tunggu sehinhgga bayinya dilahirkan?  Apa yang akan terjadi?

                Mary Maloney buntu. Daging tadi dibawa ke dapur, diletakkan ke dalam bekas, suhu oven dinaikkan, disumbat bekas kedalam oven tersebut. Mary membasuh tangannya dengan bersih lalu naik ke bilik tidur, duduk di depan cermin, disikat rambutnya, menyolek muka, Mary cuba pelbagai senyuman didepan cermin. Senyumannya tidak menjadi. Suram.

                “Hye Sam,” tegurnya, lantang.  
              
  Tapi suaranya agak kekok.

                “ Ubi kentang ada tak? Dan kacang peas?”

                Barulah kedengaran normal. Mary berlatih untuk bercakap dengan normal berulang kali. Kemudian dia turun ke bawah, dicapainya kot, keluar ikut pintu belakang untuk ke kedai. Lampu di kedai runcit itu masih terpasang.

                “Hye Sam,” Mary bersuara dengan nada ceria sambil memandang Sam di belakang kaunter.

                “Oh Mary! Apa khabar?” ramah.

                “ Ubi kentang ada tak? Dan kacang peas?”

                Sam pusing ke belakang lalu mengambil bahan-bahan yang diperlukan Mary.

                “Suami saya tu, dia penat. Katanya tak nak makan kat luar” Mary sekali lagi bersuara. “Tapi kat rumah tak ada sayur pulak”.

                “Tak kan masak sayur je?”

                “Sebenarnya, ada kaki kambing dalam peti ais kat rumah tu.”

                “Oh, ada lagi barang nak dibeli?” Sam pandang ke arah Mary dengan senyuman. “Lepas makan, tak ada pencuci mulut ke untuk yang tersayang.”

                “Apa kata awak cadangkan untuk saya?”

                Sam pandang ke sekeliling kedainya, lalu ke tempat penyimpan kek. “Ni cheese kek, mesti dia suka nanti!”

                “Wah, terima kasih”.

                Sam membungkus semua barang ke dalam plastic, duit dan barang runcit bertukar tangan. Mary mengukir senyuman paling manis dibibirnya lalu berkata “Selamat malam!”

                Dalam perjalanan pulang, Mary yakinkan dirinya, dia dalam perjalanan pulang dari kedai, mencari sayur, untuk masak makan malam yang ditunggu-tunggu suaminya, dan dia akan masak dengan sedap, apabila masuk ke rumah, jika terdapat apa-apa yang abnormal, tragik, atau mengejutkan, dirinya akan panic, terkejut dan sedih. Saya cuma Mary Maloney, yang sedang dalam perjalan pulang dari kedai.

                Oleh kerana itulah, ketika Mary dalam perjalanan masuk ke dalam rumah mengikut pintu belakang, Mary menyanyi dengan riang. “Sayang!” Mary memanggil suaminya. “Sayang penat lagi?”

                Barang-barang yang dibeli dari kedai diletakkan atas meja, Mary bergegas ke ruang tamu, lalu dia melihat suaminya terbaring kaku di lantai dengan kaki yang saling bertindih dan sebelah tangan terkehel ke belakang badan, Mary terkejut. Secara tiba-tiba rasa kasih dan rindu membuatkan Mary lari ke pangkuan suaminya, Mary menangis. TIada lakonan diperlukan.

                Beberapa minit kemudian, Mary bangun dan terus ke telefon. Dia sangat arif dengan nombor pejabat suaminya. “Cepat! Datang rumah saya! Suami Saya dah mati!” Mary menangis.

                “Boleh saya tahu nama puan?”

                “Mary, Mary Maloney.”

                “Puan Mary? Maksud puan, boss kami dah tak ada?”

                “Dia terbaring kat lantai, dan saya rasa dia dah tak bernafas,” Mary menerangkan sambil teresak-esak.
                “Ok, kami datang.”

                Kereta polis tiba dihadapan rumah. Apabila pintu dibuka, kelihatan dua orang polis sedang berjalan menuju ke dalam rumah. Hampir ke semua anggota polis di presin tersebut dikenali Mary. Salah seorang daripada mereka siasat tubuh suami Mary.

                “Dia dah mati ke?” Mary masih menangis.

                “Nampak gayanya, macam tu lah. Apa dah jadi?”

                Secara tenang, Mary menceritakan bahawa dia keluar sebentar untuk ke kedai membeli barangan dapur. Sewaktu dia pulang, suaminya sudah memang terbaring kaku di lantai dengan darah di kepala. Sebaik sedar akan keadaaan suaminya, dia memberitahu bahawa dia terus menelefon polis.

                Tak lama kemudian, lebih ramai yang datang ke rumahnya. Seorang doctor, kemudian seorang jurugambar forensic, diikuti dengan pakar cap jari. Mary ditanya dan disoal siasat tanpa henti. Tetapi, dia dilayan dengan baik. Mary tetap dengan ceritanya. Darilah dia menjahit, dia ke kedai lalu bertemu Sam dan sehingga dia menelefon polis apabila mendapati suaminya kaku dilantai. Beberapa orang polis dihantar ke kedai runcit tadi untuk menyoal siasat Sam.

                Masa berlalu dan doctor serta jurugambar tadi pulang, datang pula dua orang membawa stretcher lalu mengusung mayat suami Mary. Kini, di dalam rumah Mary terdapat 2 anggota polis dan 2 penyiasat. Mereka risau akan keadaan Mary. Salah seorang dari mereka yang bernama Jack bertanya jika Mary hendak dibawa kemana-mana. Mungkin ke rumah keluarga terdekat. Tetapi Mary hanya ingin berada di rumah. Dia berasa agak mual. Dia ingin berehat di kerusinya.

                Lalu ditinggalkan Mary berseorangan dan mereka terus mencari bahan bukti di dalam rumah tersebut. Sambil lalu dihadapan Mary, Jack menceritakan bahawa suaminya telah dipukul dibahagian belakang kepala dengan objek tumpul. Mungkin pembunuh tersebut membawa alat tersebut bersamanya ataupun dibuang berdekatan rumah ini.

                “Mudah je puan, kalau dapat alat yang digunakan tu, dapatlah pembunuhnya.”

                Lalu datang lagi seorang detektif menyampuk “Puan, oven puan tu masih belum ditutup. Dan berisi pulak tu.”

                “Ish, terlupa pulak saya.”

                “Tak apa puan, biar saya yang tutupkan”

                “Terima kasih,” Mary senyum.

                Apabila detektif tersebut datang semula, Mary  pandang ke arah mata detektif tersebut dengan mata yang sebak sambil berkata “Boleh tolong saya?”

                “Ya puan?”

                “Urmm,” Mary berkata “Kamu semua mesti kawan baik suami saya. Dan sekarang, sanggup berjaga malam untuk mencari pembunuh suami saya. Lapar tak? Sepatotnya saya layan awak semua seperti tetamu. Daging kambing dalam oven tu mesti da masak.”

                “Eh, susah-suah je puan.”

                “Please?”  Mary merayu, “Tolong lah makan, saya akan rasa tak senang hingga ada orang yang jamah masakan saya.”

                Keempat-empat anggota polis tadi pada mulanya teragak-agak untuk makan. Tetapi akhirnya, mereka tewas dengan desakan perut mereka yang lapar. Mereka mengambil lalu makan di dapur. Mary dengar perbualan mereka tetapi agak kabur kerana mulut mereka menguyah dengan lajunya.

                “Charlie, tambah la lagi.”

                “Nanti habis tinggal tulang sahaja macam manai?

                “Tak apa lah. Dia suruh kita habiskan tadi.”

                “Kalau macam tu, potong untuk saya lagi!”

                “Eh, objek yang digunakan pembunuh tu mesti besar kan? Doktor cakap tengkorak suami Mary pecah.”

                “Aku rasa, tak lama nanti, kita jumpa punya benda yang digunakan tu. Jangan risau. Makan dulu.” Salah seorang dari mereka mencelah.

                “Firasat aku pulak dari tadi asyik kata yang objek tu ada dalam rumah ni. Maybe kat depan mata kita je? Apa korang rasa? “

                Mary dikerusinya, ketawa kecil sendiri. FIN





-Based on "Lamb to the slaughter" by roald Dhal
-amik yang jernih, yang keruh pegie filter. Lepas filter jernih tak? Kalo tak, buang.
-banyak betul mesej cerita ni. And  psikotik.  kot? Well, njoy.

Monday, 3 December 2012

Cinta Atau Nafsu


                Bermulanya sebuah kisah cinta (nafsu kot?) apabila Adam telefon Hawa, mengucapkan kata cintanya (ke nafsu?). “Awak, will you be my gf?”. Hawa yang merasakan apa yang Adam turut rasa, menerima lamaran tersebut. Tapi sayang, lamaran itu tidak halal. Tanpa berfikir panjang, Adam dan Hawa bersetuju untuk berjumpa. Katanya nak luangkan masa bersama, nak saling mengenali hati budi. Itukah cinta atau itukah nafsu? Maka Adam dan Hawa tidak pernah berhenti berhubung. Text cinta memenuhi peti masuk di pagi hari, suara manja mendayu di telinga di malam hari.

            Allah itu maha penyayang. Tidak Allah berikan jahil untuk hambanya melainkan untuk hambanya merasakan nikmat Iman. Apabila Allah hendak hambanya memiliki hidayah, dikurniakan hidayah kepadanya. Adam mula dekatkan diri dengan tuhan. Dia mula membaca artikel-artikel Islam di internet. Sehinggalah dia terbaca tentang apa yang dikerjakan dia sekarang ia itu menjadi hamba nafsu. Siang malam Adam berfikir. Dia menangis di sejadah. Dia rasa kasih Allah melebihi kasih kekasihnya. Terasa kotor apabila perkataan ‘sayang’ diungkap kepada seseorang yang tidak halal baginya.  Adam mula menasihati dirinya, kemudian kekasihnya. Adam tidak lagi memegang tangan Hawa ketika “berdating”. Hawa merasakan Adam semakin jauh dari dirinya. Doa Adam di atas tikar sejadah hanyalah untuk menjauhkan dirinya dari maksiat, tidak menjadi hamba kepada nafsu dan akan bersama dengan kekasihnya di masa akan datang. 

            Adam memberanikan diri, meluahkan apa yang tersimpan dalam hati. “Hawa, Adam rasa apa yang kita buat ni tak kena.” Terus Hawa menitiskan air mata. Deras. Begitu juga Adam.  Putus cinta, selama dua hari. Mata Adam dan Hawa tak kering dek air mata. Tapi, nafsu sekali lagi menguasai Adam. Terdetik rasa rindu pada Hawa. Bersambung semula hubungan mereka yang tidak halal itu. Dalam masa yang sama, Adam tidak pernah berhenti berdoa. Doa yang sama setiap masa. Jauhkan dirinya dari maksiat, jangan jadikan dia hamba nafsu, satukan Adam dan Hawa dengan cara yang halal. Nikah.

            Dengan kehendak Allah, rasa kasih dan sayang antara Adam dan Hawa semakin kurang. Mungkin itulah yang akan terjadi apabila sesuatu itu tidak diberkati dan tidak bermanfaat. Akhirnya Adam dan Hawa tetap terpisah. Mungkin sudah bosan. Adam merasakan kesedihan yang amat sangat. Dalam menangis, hati Adam tersenyum. Akhirnya di makbulkan doa Adam. Tetapi Adam masih tidak berhenti berdoa. Jauhkan dirinya dari maksiat, jangan jadikan dia hamba nafsu, satukan Adam dan Hawa dengan cara yang halal suatu hari nanti.

           Kini, Adam sedang cuba sedaya upaya melawan nafsu. Cuba untuk dekatkan diri dengan Sang Pencipta. Mungkin apa yang kita inginkan, bukan terbaik untuk kita. Tetapi, apa yang diberi oleh Allah S.W.T ialah yang terbaik. Lapangkan lah dada. Kita meminta, Tuhan memberi, kita menerima.



Nota Kaki
-maybe artikel ni nampak macam atikel tipikal. 
-jus nak share yang apabila seseorang tu ingin berubah, dia dengan Rabb dia tiada penghalang.
-dan jangan lah kita leka dengan cinta dunia.
-yakin dengan rahmat Allah. It is never too late to ask for his forgiveness. "...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 12

Wallahualam.

Wednesday, 21 November 2012

Deaf


This is a story about a boy who is deaf and mute. Yes, he has listening problems. So, he has to use sign language to interact and communicate with people. There is this musollah who he always go everytime the azan is on air. 5 times a day. He would be punctual by riding his bicycle.

                 One day, he got his hearing aid. His hearing improves drastically. He can now listens to voices. When people try to talk to him, he will imitate the sound. My father always talk to him. My father had to shout. My father forbid him to use sign language and start practice to talk so he would be used to it.
                How can a deaf boy be on time to pray at the musollah? What happened to the other normal youngsters? Were the azan cannot be heard by them? Now we know, that Hidayah is given to those who are chosen by Allah. We should be thankful for being a Muslim. With Iman and Islam as a gift. We must ask for Hidayah from Allah and change ourselves to be a better muslim. J


Guide us to the straight path -The path of those upon whom You have bestowed favor, not of those who have evoked [Your] anger or of those who are astray. (Al-Quran 1: 6-7)

Wednesday, 14 November 2012

#PrayForGaza


Its Maal Hijrah. 14/11/2012    1/Muharram/1434
First day of the year.
And they decided to attack my brothers, my sisters in Gaza.
:(

Ya Allah, please protect them. The only way that I can contribute is to pray and make dua.







May Allah reward jannah for every soul which fought for Allah and Islam.
Dont stop your doa brothers and sisters.

Monday, 29 October 2012

Exam

     Hye, lagi 2 jam, masuklah ana dalam dewan peperiksaan. Kali ini, first time ambil exam selama ana belajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak. SUbjek hari ini ialah Language Description dimana fokus utama subjek ini ialah Grammar. Pagi-pagi bukak facebook, ruang notifikasi ana tertulis dengan nama kakak tercinta ana. Diberi petikan Al-Quran 20:25-28. Dalam hati bertanya, dan sangat curious, ayat apa ni? Lantas ana buka laptop dan search. Subhnallah. Rupanya Doa nabi Musa.

  “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku;”Dan mudahkanlah bagiku, tugasku;”Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, “Supaya mereka faham perkataanku; (Taha:25-28)

 A025
A026
A027
A028
     Doa ini memang lama dah dihafal. Cuma tak tahu di mana terletaknya surah ni. Dan dipesan kakak ana untut tajdid niat. Maksud Tajdid ialah memperbaharui. Ya, niat kita haruslah kita perbaharui setiap masa. Mungkin kadang-kadang kita akan cepat lalai dan larinya tujuan asal kita melakukan sesuatu daripada niat asal kita Iaitu melakukan sesuatu semuanya demi Allah. Jadi, apa lagi. Mulakan dengan Basmallah.