Pengejar

Monday 29 October 2012

Exam

     Hye, lagi 2 jam, masuklah ana dalam dewan peperiksaan. Kali ini, first time ambil exam selama ana belajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak. SUbjek hari ini ialah Language Description dimana fokus utama subjek ini ialah Grammar. Pagi-pagi bukak facebook, ruang notifikasi ana tertulis dengan nama kakak tercinta ana. Diberi petikan Al-Quran 20:25-28. Dalam hati bertanya, dan sangat curious, ayat apa ni? Lantas ana buka laptop dan search. Subhnallah. Rupanya Doa nabi Musa.

  “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku;”Dan mudahkanlah bagiku, tugasku;”Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, “Supaya mereka faham perkataanku; (Taha:25-28)

 A025
A026
A027
A028
     Doa ini memang lama dah dihafal. Cuma tak tahu di mana terletaknya surah ni. Dan dipesan kakak ana untut tajdid niat. Maksud Tajdid ialah memperbaharui. Ya, niat kita haruslah kita perbaharui setiap masa. Mungkin kadang-kadang kita akan cepat lalai dan larinya tujuan asal kita melakukan sesuatu daripada niat asal kita Iaitu melakukan sesuatu semuanya demi Allah. Jadi, apa lagi. Mulakan dengan Basmallah.

No comments:

Post a Comment