Pengejar

Friday 27 December 2013

Aku dan tunggu;

Nak buah yang ranum, kau kena tunggu.
Nak roti canai garing, kau kena tunggu.
Nak segulung ijazah, kau kena tunggu.
Nak sampai ke puncak, kau kena tunggu.

Sungguh, menunggu buat kau penat.
Tapi, kalau tak tunggu, di mana mujahadahnya?
Aku tunggu, sampai satu masa.
Ada seseorang yang sanggup tunggu dengan aku.
Bila aku ingin berhenti menunggu, senyumannya sudah cukup.
Cukup untuk buat aku kembali menunggu.

Di antara aku dan kemenangan adanya kata kerja tunggu.
Tidak apa. Aku akan tunggu.
Sambil menunggu, cara dicatur.
Agar lepas menunggu, aku menang.

Tuesday 17 December 2013

Lebah : 90


Dengan nama Rabb Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. :D
Hari ini banyak perkataan 'ketua' muncul. Al-kisah baru balik menadah kitab Riyadhus Solihin. Jilid 4. Bab pemerintah. 

Pemerintah harus berlaku adil! Meletakkan sesuatu di tempatnya. And, kita semua tak kiralah orang gaji pon. Adalah sebenarnya seorang ketua dan perlu berlaku adil.

Bila bercakap pasal ketua, terdapat seorang khalifah yang mashur. Umar Abdul Aziz. Kenal? Pada waktu dahulu, khalifah akan mengimami solat Jumaat dan menjadi khatib membaca khutbah. Dan beliau sering kali, masukkan ayat 90 dari surah An-Nahlu yakni membawa maksud lebah.

Umar Abdul Aziz merupakan seorang khalifah dari keturunan Khulafa Ar-Rasyidin yang kedua. Umar Ibnu Khattab. Pernah tak dengar cerita tentang seorang perempuan dan ibunya yang ingin menjual susu? Tetapi susu tersebut kuantitinya sangat sedikit. Lalu ibu perempuan tersebut mencadangkan susu tersebut ditambah dengan air untuk memenuhkan botol. Tetapi perempuan itu takut dengan tuhan yang Maha Melihat lalu Umar Al-Khattab mendengar akan apa yang terjadi lalu menikahkan perempuan tersebut dengan Anaknya. Abdullah ibnu Umar. Lihatlah bagaimana beliau memilih perempuan yang mempunyai akidah yang sahih meskipun berasal dari keluarga yang miskin. Umar Abdul Aziz berasal dari keturunan ini.

Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya. (An-Nahl:90)

Ayat di atas, merupakan ayat yang sering beliau muatkan dalam khutbahnya. Sehingga hari ini, setiap khutbah Jumaat pasti dibacakan ayat di atas. Diriwayatkan, terdapat sahabat yang tanya kepada Rasulullah, "Apakah boleh kiranya baginda berikan rumusan daripada Al-Quran?" Lalu dibacakan ayat di atas.

Jom
  1. Adil
  2. Buat Baik
  3. Tolong-menolong
  4. Cegah maksiat / Tolak kemungkaran
  5. Sentiasa beringat melalui ayat-ayat Al-Quran.


Monday 9 December 2013

Nak jadi IronMan.

Kadang-kadang terhingin nak jadi Ironman.
Nak jadi Ironman yang kat tangan dia ada hidayah repulsor.
Eh! Tak boleh. Hidayah milik Allah!
Baiklah, ganti dengan nasihat-nasihat dan ajakan kearah kebaikan yang tersalut dengan al-hikmah.

Bila tengok sahaja manusia yang nak buat kejahatan. Halakan tangan kat dia, pastu niat kat hati. "Chiuuuu" bunyi repulsor kat tangan tu menembak nasihat-nasihat yang mengingatkan akan kepanasan api neraka.

Di visor kepala pulak dapat scan siapa yang inginkan Islam. Cuma perlu sedikit lagi kebenaran untuk mengucap kalimah tauhid. Mudahnya untuk tahu siapa yang boleh di approach.

Hakikatnya, andai dakwah dan kerja mengislahkan ummah akhir zaman ini senang sebegitu rupa, agaknya rancangan seperti maharaja lawak dan akedemi fantasia sudah bertukar menjadi maharaja zuhud dan akedemi syurga. Mungkin rancangan-rancangan realiti yang mengajak kepada kebaikan dan melatih rijal-rijal musleh.

Syurga itu mahal harganya. Bekerjalah. Bercucuk-tanamlah di dunia. Berjual belilah dengan Allah.
Nanti kita sama-sama tuai hasilnya di syurga. Insya Allah.
:*

Thursday 5 December 2013

Dalam diriku masih ada JAHILIYAH!

Siapa tak kenal. Dua sahabat Rasulullah S.A.W yang sangat beperibadi mulia. Yang sungguh saya dengki dan jeles sebab merepa sempat ditegur Nabi Allah. Sempat bersua muka dengan utusan terakhir malah pembawa risalah yang akan menerangi seluruh Alam ini InsyaAllah satu hari nanti.

"Pijaklah kepala aku! Pijaklah! Demi Allah, aku mahu kau pijak"

Abu Dzar meletakkan kepalanya di tanah berdebu. Dilumurkannya pasir ke wajahnya dan dia tunggu dengan penuh harapan supaya terompah sahabatnya mendapat di pipinya.

"Sahabatku, aku merayu!" rintihnya, "Pijaklah wajahku. Aku sangat berharap degannya Allah akan mengampuni aku lalu menghapuskan sifat jahiliah dari jiwaku." Abu Dzar hampir mengangis. Isi hatinya terumbang ambing. Dia menyesal. Dia sedih. Dia takut. Bercampur-baur perasaannya.

Bilal si pemilik suara emas terus menggeleng kepala sambil mata berkaca-kaca.

Peristiwa itu berawal dari kekesalan Abu Dzar pada Bilal. Dia merasa Bilal tidak mengerjakan sebuah amanah dengan utuh, bahkan seolah memberi alasan. Abu Dzar tidak dapat menahan kekecewaanya lalu melontarkan kata-kata kasar.

"Wahai anak budak hitam!"

Rasulullah, manusia teragung di muka bumi terdengar lalu bergegas ke Abu Dzar ibarat petir menyambar. Abu Dzar ditegur.

"Engkau! Sungguh dalam dirimu masih terdapat jahiliah!"

Lalu Abu Dzar diselubungi rasa bersalah serta-merta bersujud dan memohon Bilal memijak kepalanya. Tapi Bilal tidak pedulikan arahan Abu Dzar. Bilal marah malah haru.

"Aku memaafkan Abu Dzar, ya pesuruh Allah", kata Bilal lagi, "Dan biarlah urusan ini tersimpan di sisi Allah, menjadi kebaikan bagiku kelak"

                                                                              *****

Lalu diri ini yang super kerdil kalau nak dibandingkan dengan 2 sahabat Rasulullah di atas, terasa sangat kecil. Ibarat pasir nak dibandingkan dengan saiz bumi. Atau mungkin tak layak lansung dibandingkan.

Tersentak. Cuma satu herdikan. Terasa dalam diri ini  punya banyak lagi jahiliah. Banyak kejahatan. Banyak keburukan. Dosa. Bayangkan umur jasad ini yang sudah berumur 20 tahun. Bayangkan pula dosa yang telah dikutip. Tak perlu dicerita, nanti mengaibkan diri sendiri pula.

Cuma mahu berkongsi "kesentakan" itu sahaja. Ya! Hari ini, siapa yang telah kamu perlekehkan? Tidak! Tukar soalan. Hari ini siapa yang telah aku perlekehkan?

Jahiliah hari ini masih banyak seperti semalam? Berkurang? Bertambah?
Nak jadikan alasan bahawa diri ini manusia, fitrahnya melakukan kesilapan. Sudah-sudahlah. Sekali dua nak guna alasan seperti itu tak apa.

Sekali salah. Learn your lesson. And never do it again.

Allahu. Limaza taqulu namala taf a'luun!
Mengapa kamu tidak mengerjakan sesuatu yang kamu kata.
Ayuh, laksanakan apa yang kita cakap.
Medan amal terbentang luas.

*Kisah Abu Dzar dan Bilal dipetik lalu di edit ke bahasa Melayu bagi sedapt  from Dalam Dekapan Ukhwah karya Salim A Fillah