Pengejar

Thursday 5 December 2013

Dalam diriku masih ada JAHILIYAH!

Siapa tak kenal. Dua sahabat Rasulullah S.A.W yang sangat beperibadi mulia. Yang sungguh saya dengki dan jeles sebab merepa sempat ditegur Nabi Allah. Sempat bersua muka dengan utusan terakhir malah pembawa risalah yang akan menerangi seluruh Alam ini InsyaAllah satu hari nanti.

"Pijaklah kepala aku! Pijaklah! Demi Allah, aku mahu kau pijak"

Abu Dzar meletakkan kepalanya di tanah berdebu. Dilumurkannya pasir ke wajahnya dan dia tunggu dengan penuh harapan supaya terompah sahabatnya mendapat di pipinya.

"Sahabatku, aku merayu!" rintihnya, "Pijaklah wajahku. Aku sangat berharap degannya Allah akan mengampuni aku lalu menghapuskan sifat jahiliah dari jiwaku." Abu Dzar hampir mengangis. Isi hatinya terumbang ambing. Dia menyesal. Dia sedih. Dia takut. Bercampur-baur perasaannya.

Bilal si pemilik suara emas terus menggeleng kepala sambil mata berkaca-kaca.

Peristiwa itu berawal dari kekesalan Abu Dzar pada Bilal. Dia merasa Bilal tidak mengerjakan sebuah amanah dengan utuh, bahkan seolah memberi alasan. Abu Dzar tidak dapat menahan kekecewaanya lalu melontarkan kata-kata kasar.

"Wahai anak budak hitam!"

Rasulullah, manusia teragung di muka bumi terdengar lalu bergegas ke Abu Dzar ibarat petir menyambar. Abu Dzar ditegur.

"Engkau! Sungguh dalam dirimu masih terdapat jahiliah!"

Lalu Abu Dzar diselubungi rasa bersalah serta-merta bersujud dan memohon Bilal memijak kepalanya. Tapi Bilal tidak pedulikan arahan Abu Dzar. Bilal marah malah haru.

"Aku memaafkan Abu Dzar, ya pesuruh Allah", kata Bilal lagi, "Dan biarlah urusan ini tersimpan di sisi Allah, menjadi kebaikan bagiku kelak"

                                                                              *****

Lalu diri ini yang super kerdil kalau nak dibandingkan dengan 2 sahabat Rasulullah di atas, terasa sangat kecil. Ibarat pasir nak dibandingkan dengan saiz bumi. Atau mungkin tak layak lansung dibandingkan.

Tersentak. Cuma satu herdikan. Terasa dalam diri ini  punya banyak lagi jahiliah. Banyak kejahatan. Banyak keburukan. Dosa. Bayangkan umur jasad ini yang sudah berumur 20 tahun. Bayangkan pula dosa yang telah dikutip. Tak perlu dicerita, nanti mengaibkan diri sendiri pula.

Cuma mahu berkongsi "kesentakan" itu sahaja. Ya! Hari ini, siapa yang telah kamu perlekehkan? Tidak! Tukar soalan. Hari ini siapa yang telah aku perlekehkan?

Jahiliah hari ini masih banyak seperti semalam? Berkurang? Bertambah?
Nak jadikan alasan bahawa diri ini manusia, fitrahnya melakukan kesilapan. Sudah-sudahlah. Sekali dua nak guna alasan seperti itu tak apa.

Sekali salah. Learn your lesson. And never do it again.

Allahu. Limaza taqulu namala taf a'luun!
Mengapa kamu tidak mengerjakan sesuatu yang kamu kata.
Ayuh, laksanakan apa yang kita cakap.
Medan amal terbentang luas.

*Kisah Abu Dzar dan Bilal dipetik lalu di edit ke bahasa Melayu bagi sedapt  from Dalam Dekapan Ukhwah karya Salim A Fillah

No comments:

Post a Comment