Pengejar

Wednesday 16 October 2013

Rahsia Islam?

Abu Umar Sufyan pernah bertanya pada utusan agung Allah yaitu Muhammad saw.

"Wahai Rasulullah, katakan kepadaku sesuatu dalam Islam yang dengan itu aku tidak perlu bertanya lagi kepada orang lain,"

Rasulullah saw. menjawab

"Katakanlah! Aku telah beriman kemudian istiqomahlah!"
(Hadis Riwayat Bukhari)

Mari kita lihat semula rukun Islam yang pertama. Yakni bersyahadah. Di mana kita menyaksikan tiada Tuhan selain Allah, dan kita turut menyaksikan bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah.

Umat Islam di atas muka bumi ini tidak terbilang dek jari. Kalau tak silap sudah mencecahi sepuluh angka. Tetapi adakah kita yang mentadbir bumi? Tidak.

Rahsia bagi umat Islam yang berkualiti terletak pada rukun Islam yang pertama ini. Di sinilah asas akidah islam yang sahih, akhlak yang mulia dan ibadah yang benar akan terbina.

Andai kita mengaku Allah itu tuhan kita, sudah pasti kita yakin dengan hati lalu mengaku dengan mulut dan kemudiannya kita zahirkan dengan amal bahawa Allah itu wujud dan segala perintah Allah itu akan memberi keamanan.

Andai kita mengaku Rasul agung Muhammad saw. sebagai pesuruh Allah sudah pasti baginda dijadikan contoh ataupun qudwah untuk kita.

Masalah kita sekarang ialah apabila kita tidak tengok dengan mata hati kita akan besarnya makna syahadah ini. Sudah pasti, kalau syahadah ini tidak penting, ia tidak akan bertakhta sebagai rukun Islam yang pertama.

Back to the hadith, Rasulullah saw. suruh kita beriman dan kemudian istiqomah.

Kita patut beriman pada tuhan yang satu, Allah. Yakin akan kewujudannya. Yakin akan sifat-sifatNya yang agung. Yakin akan perintah-perintahnya.

Kita patut beriman pada Rasulullah, Al-Quran yang telah diturunkan kepada baginda sebagai buku panduan. Jalan jihad yang telah dilalui baginda juga sebagai jalan kita.

Wahai manusia! Kau ada dua pilihan.

Sama ada hidup mulia atau mati syahid.
Syurga atau neraka.

No comments:

Post a Comment