Pengejar

Tuesday 17 December 2013

Lebah : 90


Dengan nama Rabb Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. :D
Hari ini banyak perkataan 'ketua' muncul. Al-kisah baru balik menadah kitab Riyadhus Solihin. Jilid 4. Bab pemerintah. 

Pemerintah harus berlaku adil! Meletakkan sesuatu di tempatnya. And, kita semua tak kiralah orang gaji pon. Adalah sebenarnya seorang ketua dan perlu berlaku adil.

Bila bercakap pasal ketua, terdapat seorang khalifah yang mashur. Umar Abdul Aziz. Kenal? Pada waktu dahulu, khalifah akan mengimami solat Jumaat dan menjadi khatib membaca khutbah. Dan beliau sering kali, masukkan ayat 90 dari surah An-Nahlu yakni membawa maksud lebah.

Umar Abdul Aziz merupakan seorang khalifah dari keturunan Khulafa Ar-Rasyidin yang kedua. Umar Ibnu Khattab. Pernah tak dengar cerita tentang seorang perempuan dan ibunya yang ingin menjual susu? Tetapi susu tersebut kuantitinya sangat sedikit. Lalu ibu perempuan tersebut mencadangkan susu tersebut ditambah dengan air untuk memenuhkan botol. Tetapi perempuan itu takut dengan tuhan yang Maha Melihat lalu Umar Al-Khattab mendengar akan apa yang terjadi lalu menikahkan perempuan tersebut dengan Anaknya. Abdullah ibnu Umar. Lihatlah bagaimana beliau memilih perempuan yang mempunyai akidah yang sahih meskipun berasal dari keluarga yang miskin. Umar Abdul Aziz berasal dari keturunan ini.

Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya. (An-Nahl:90)

Ayat di atas, merupakan ayat yang sering beliau muatkan dalam khutbahnya. Sehingga hari ini, setiap khutbah Jumaat pasti dibacakan ayat di atas. Diriwayatkan, terdapat sahabat yang tanya kepada Rasulullah, "Apakah boleh kiranya baginda berikan rumusan daripada Al-Quran?" Lalu dibacakan ayat di atas.

Jom
  1. Adil
  2. Buat Baik
  3. Tolong-menolong
  4. Cegah maksiat / Tolak kemungkaran
  5. Sentiasa beringat melalui ayat-ayat Al-Quran.


No comments:

Post a Comment