Pengejar

Wednesday 19 December 2012

Muslimah ❤

Biar saya aturkan aksara agar setiap kata menjadi cantik, indah, dan manis.Tidak bercampur-aduk bahasa, dan biar betul ejaanya serta tersusun kata-kata nahu sesuai dengan tajuk tulisan kali ini yang menyentuh perhiasan dunia..  Anda muslim dan seorang wanita? Tahniah. Anda ialah sebaik-baik perhiasan dunia. Saya ulang, sebaik-baik perhiasan dunia dan anda juga seorang muslimah. Jika anda bukan seorang wanita, jangan risau. Andai majlis walimah anda tiba sebelum talkin dibacakan di atas pusara, anda akan memiliki satu perhiasan dunia yang sangat indah. Yang akan membahagiakan dan mengukir senyuman bukan sahaja di bibir, malah di hati anda.


 Wahai muslimah, tahukah anda, martabat anda telah dijunjung tinggi oleh Rasul kita serta Islam? Sehinggakan terdapat sebuah surah, istimewa untuk anda yang bergelar perempuan. Surah tersebut bernama An-Nisa'. Surah yang ke 4. Tapi sayang, ramai di antara kalian menjatuhkan nilai diri sendiri. Cuba bayangkan, bayi perempuan pada zaman jahiliyah dianggap pembawa sial. Usai dilahirkan, digali tanah lalu dikambus ketika jantung masih berdegup, nadi masih berdetak. Lalu datang hidayah Allah. Datang rahmat Allah, datang Rasul Allah. Diharamkan perbuatan jahiliah tersebut lalu perempuan dihormati. Wanita tidak lagi dianggap sebagai hamba, sebaliknya setaraf seperti adik-beradik.

Pada zaman jahiliah kami tidak menghargai wanita walau sedikit pun. Tetapi tatkala Islam datang dan Allah menyebut-nyebut tentang mereka, barulah kami sedar bahawa mereka mempunyai hak ke atas kami. Umar al-Khattab RA berkata,

 Selain dari itu, muslimah-muslimah jugalah yang bakal bergelar ibu. Dan syurga itu bukankah dibawah telapak kaki ibu? Dengan sifat penyayangnya, yang sentiasa mengambil berat. Rambut anak disikatkan, kasut anak disarungkan, nasi pon disuapkan. Maha Suci Allah, betapa cantiknya, betapa penyayangnya, betapa mulianya Engkau ciptakan kaum Hawa ini. Sehingga hampir kesemua daripada mereka memiliki sifat "itsar" (mendahulukan orang lain sebelum diri sendiri). Mana tidaknya, walaupun penat membasuh baju di pagi hari, lelah memasak makanan tengahari, lenguh melipat pakaian di waktu petang, tika malam, masih tersedia makanan di bawah tudung salji. Di mana ibu-ibu ini sembunyikan penat lelah mereka?


Wahai muslimah, anda juga bakal menjadi isteri dan permata kepada seseorang. Bakal menjadi makmun dalam masjid yang akan didirikan. Adakah anda benar-benar istemewa untuk bakal suami anda? Mengertilah, elakkan bersentuhan dengan kaum Adam, tutuplah segala perhiasan yang ada pada diri anda. Jadikan suami anda orang yang pertama untuk segalanya. Yakinkah kekasih hati anda sekarang bakal menjadi suami anda? Jagalah batas pergaulan. Jangan pernah kita lupa bahawa Allah memiliki setiap jiwa kita. Dialah yang mengilhamkan perasaan cinta. Bila-bila juga, Dia mampu menarik perasaan itu bila-bila masa sahaja mengikut keinginanNya. Seeloknya, bercintalah selepas berkahwin.


Pesanan Buat Kaum Adam
Seandainya anda sayangkan seorang muslimah itu, jangalah mendekatinya, tetapi, bentangkanlah sejadah. Sujud pada yang esa, tadah tangan, minta agar dijodohkan. Bukankah pada Allah tempat kita meminta? Jika sayang seorang muslimah itu, tingkatkanlah dahulu iman didada. Agar boleh membimbing kaum Hawa. Kemudian, ketuk pintu rumahnya, berjumpa dengan wali serta ibunya. Barulah "gentleman".

"Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki selepas menafkahkan sebahagian daripada harta mereka." (Surah an-Nisa, ayat 34)

Apabila telah halal seorang muslimah itu bagi anda, janganlah dijadikan mereka seperti orang gaji. Contohi suri teladan yang paling unggul kita. Nabi Muhammad s.a.w. Beliau menolong isterinya memasak. Bukankah "sweet" jika dapat meluangkan masa di dapur bersama-sama. Sambil masak, sambil bermesra.

Mesti tertanya-tanya, mengapa ada  pada tajuk kali ini? Mengikut fitrah, seorang lelaki akan jatuh cinta kepada seorang muslimah. Jadi, mestilah saya nak seorang muslimah untuk dijadikan isteri. 4 tahun lagi kot? InsyaAllah. Tapi siapa? Saya pon tak tahu. Biarlah Allah yang tentukan.

"Semoga Allah jodohkan saya dengan Muslimah yang solehah, cantik dipandang, berharta dan berketurunan yang soleh. Semoga saya menjadi hubby yang beriman serta mendidik isteri dan keluarga serta bersifat penyayang, pandai masak, menjadi penawar duka, pengukir senyum pada zaujah saya. Amiin. " - Doa seorang bakal hubby mithali.

*pssst,Ya Allah, kau perkenankanlah doa Aku kat atas tu. Hiks.
Wallahualam.


No comments:

Post a Comment