Pengejar

Friday 14 December 2012

Islam atau islam.

     Tengok tajuk atas tu. Perhati baik-baik, tenung, lagi, dekat lagi, dekatkan lagi muka korang ke skrin. Macam ni ceritanya. Penah sekali tu, kite kluar lah makan tak ingat dengan sapa. Tapi time tu ada akhi shukri. Before makan-makan, sembang lah pasal islam.

      Dia amik garpu kat depan kite, die tanya "Agak-agaklah kan, garpu ni islam ke tak?"

     Dalam kepala apa lagi, pusing pening lah duk fikir. Soalan macam ni pon ada ka? Time ni kite rasekan, kite jahil lagi.Nak tau apa ada kat dada? Dosa, lagho dan lain-lain yang tak harus ada pada seorang muslim yang mukmin. Sekarang pon bukan ada apa kat dada ni. Tsk Tsk. (Yang penting, sebarkan dan terus mencari keredhaanNYa) Back to the story, kite memang tatau nak jawab. Siyes takot salah dan memalukan diri sendiri. Dalam kepala duk fikir ah. "Garpu ni, bukan bernyawa pon, dia tak solat. Takan dia Islam?". Lalu terkeluar lah jawapan "tidak" dari mulut kite.

     "Rasa-rasa kamu, sapa yang cipta garpu ni?"
     
      "Mesin lah kot? Pakai besi"

      "Sapa cipta mesin?"

      "Manusia kan? "

      "Sapa cipta manusia? Sapa cipta besi?"

      Boom! Sekali lagi kepala kena bomb. SubhanAllah! Allah pencipta segala-galanya. "Kenapa tak terfikir benda ni? Tu lah kamu, Hanya islam ketika ibadah, tak islam setiap masa" bisik hati kecil kite ni.
And lepas soalan pasal garpu tu ditanya, terus akhi shukri explain about Islam and islam. Nampak tak beza antara Islam dan islam? Nampak? Tengok elok-elok. terdapat perbezaan pada aksara I di kedua-dua perkataan. Perbezaan size. Kenapa Islam dan kenapa islam.

     Sesuatu perkataan yang mempunyai huruf besar di permulaan perkataan menunjukkan bahawa ia adalah Proper noun atau dalam bahasa kita kata nama khas. Sebagai agama yes, Islam memang satu kata nama khas. Tapi, apabila kita jadikan islam  bukan sahaja sebagai agama kita, tetapi juga cara hidup kita, maka Islam itu menjadi kata kerja lalu huruf i tu jadilah kecik. islam

     "Apa kena mengena huruf besar, huruf kecik ni? Macam nothing significant je?"

      Macam ni, dari pagi, kita bangun, kita bukak mata, kita baca doa. Kiranya kita bangun tidur secara islam lah tu! Ketahuilah "Percakapan kita adalah agama, berpakaian kita adalah agama, pergerakan kita adalah agama, berfikir kita adalah agama, tingkahlaku kita adalah agama, pemerhatian kita adalah agama, pendengaran kita adalah agama.... semuanya adalah agama. Agama bukan sahaja aturan atau jalan hidup tetapi agama ini adalah hidup kita ini. Setiap nafas kita ini adalah agama." (copy paste from iluvislam.com)

    Kebanyakan kita hanya Islam pada kad pengenalan dan nama. Wat about pada aktiviti harian, tingkah laku, akhlak, akidah dan ibadah? Islam tak? Yang itu antum tanya diri sendiri. Ermm, kite ni banyak cakap tak bermakna kite lah paling betol, kite lah paling alim, kite lah paling pandai, tidak sama sekali. Pesanan ini juga untuk kite sniri. Smoga kite dan semua menjadi lebih islam. 


Wallahualam. :)

Oh lupa, nah ayat dari al-quran. 

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitanitu musuh yang nyata bagimu
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 208)

No comments:

Post a Comment