Pengejar

Tuesday 11 December 2012

Kambing Ke Penyembelihan

             
Kambing Ke Penyembelihan

        Bilik tersebut dingin dan bersih, langsir dibiarkan tidak terikat, dua lampu meja menerangi suasana. Dibelakang dia, dua gelas tinggi yang satu terisi air soda dan satu lagi whiskey. Kiub-kiub ice diletakkan dalam bakul istimewa.

            Mary Maloney dengan setia tunggu kepulangan suaminya dari kerja.

            Setiap detik dijelingnya jam, dengan harapan suaminya akan pulang dengan cepat. Dia yakinkan pada dirinya sendiri, setiap minit yang berlalu, selangkah suaminya dekat dengan pintu rumah. Tingkah laku Mary, diiringi dengan senyuman. Mary yang baru berbadan dua berkulit licin, bermulut merah dan mempunyai sepasang mata yang semakin besar dan hitam menunjukkan ketenangan. Apabila jarum jam hampir mengarah ke nombor lima dan jarum minit mengarah ke nombor sepuluh, Mary terdengar sesuatu, bunyi roda berputar, pintu kereta dikatup, bunyi tapak kaki melalui tepi jendela rumah, kunci dimasuk dan diputar. Dia bingkas bangun dari mesin menjahit, ke pintu lalu mengucup suaminya sedang suaminya masuk ke dalam.

            “Hye darling,” Mary menyapa

            “Hye sayang,”.

            Diambil kot suaminya dan disangkut. Whiskey dan soda dituang, dicampur. Segelas campuran, keras, diberi kepada suaminya. Dan satu gelas lagi dilebihkan soda dari whiskey untuk dirinya. Mary kembali ke mesin jahit. Bertentangan dengan Mary, suaminya sedang duduk memegang gelas. Dipegang menggunakan dua tangan, digoyang secara perlahan-lahan. Kedengaran bunyi ais didalam gelas berlaga-laga.

            Bagi Mary, petang-petang begini ialah saat paling indah dalam setiap hari yang berlalu. Dia tahu, suaminya tak akan bercakap banyak sebelum menghabiskan minuman dalam gelasnya. Mary, dengan adanya si suami di sisinya, gembira kerana tidak lagi keseorangan dari pagi. Mary suka akan segalanya tentang suaminya. Cara dia duduk, jalan malah cara dia membuka pintu dan memasukinya. Cara suaminya merenung ke matanya, bentuk mulutnya, dan cara dia berdiam diri mungkin kerana terlalu penat sehingga air di dalam gelas kini tinggal separuh.

            “Darling penat?”

            “Ye,” ringkas. “Saya penat,” sedang si suami bertutur, dia melakukan perkara yang pelik. Air di dalam gelas diteguk sekaligus. Hanya sekali teguk, kini hanya tinggal ketulan ais di dalam gelas. Walaupun konsentrasi Mary tidak kepada suaminya, tetapi dia tahu bahawa suaminya telah menghabiskan air sekali gus apabila mendengar bunyi ketulan ais jatuh ke dalam gelas semula. Suaminya sandar ke kerusi yang empuk untuk beberapa saat, kamudian bangun semula untuk mengisi gelas yang telah kosong tadi.
            “Biar sayang ambilkan!” teriak Mary .

            “Duduk.”

            Bila suaminya kembali, terlihat whiskey lebih pekat.

            “Darling, nak sayang amik selipar awak?”

            “Tak perlu.”

            Perhatian Mary beralih arah. Dia lihat suaminya menghirup whiskey berwarna kuning gelap dan pekat  oleh kerana terlalu keras.

            “Peliklah,” Mary berkata, “Pangkat awak kan besar, kenapa kena kerja sampai sehari suntuk. Suruhlah orang bawahan awak yang buat kerja.”

            Suaminya tidak menjawab. Mary tunduk semula untuk fokus kepada jahitannya. Setiap kali kedengaran suaminya menghirup whiskey, kedengaran juga bunyi ais berlaga gelas.

            “Darling, nak cheese? Harini sayang tak masak sebab harini kan hari Khamis?”

            “Tak payah.” Jawab suaminya.

            “Kalau awak penat sangat nak makan kat luar, saya masak je lah?  Banyak lagi barang dalam peti ais tu. Awak tak payah bagun dari kerusi tu sebab nanti saya hidangkan kat sini terus”

            Mata Mary menunggu jawapan dari suaminya. Senyum, mengangguk, tetapi tiada jawapan.

            “Sayang bawakan biskut dan cheese dulu lah ye?”

            “Saya tak nak makan.”

            Mary resah, matanya yang besar masih merenung si suami “Tapi darling kena makan. Biarlah sayang nak masak jugak. Lepastu, awak nak makan ke tak nak, terpulang. Mary bangun dan meninggalkan meja jahitan.

            “Duduk,” suaminya berkata. “Tolong duduk. Duduk!”

            Mary mula risau dan secebis ketakutan muncul dalam perasaan. Mary duduk semula.
            “Dengar, saya ada benda nak cakap dengan awk.”

            “Kenapa darling. Ada yang tak kena ke?”

            Suaminya kini tidak bergerak. Tunduk, lampu menerangi bahagian atas mukanya meninggalkan dagu dan mulutnya dalam bayang-bayang. Mary ternampak mata suaminya seakan-akan menyembunyikan sesuatu.

            “Mungkin awak akan terkejut,” kata suaminya. “Tapi saya dah fikir masak-masak dan benda yang paling rasional untuk saya buat ialah dengan memberitahu awak. Saye harap awak tak salahkan saya dalam perkara ni.”

            Dan si suami pun meluahkan segala isi rahsia yang tersingkap. Tak lama, empat atau lima minit. Setiap kata yang dilemparkan suaminya membuat Mary semakin jauh dengan dunia reality. Tak percaya.

            “Itu je,” tambah si suami.”Saya tahu, mungkin tiba-tiba je saye bagitahu pasal benda ni. Duit dan semua perkara telah diuruskan supaya awak tak terabai. Saya rasa tak ada apa untuk dikecohkan. Terjejas reputasi saya dan kerja saya nanti.”

            Mary tidak percaya akan apa yang telah didengarinya. Di dalam mindanya, hanya mulut suaminya yang bergerak tetapi tiada suara yang keluar. Mungkin kalau kerja didapur disambung, berpura-pura bahawa tidak mendengar sepatah perkataan pun dari suaminya, semua ini akan berkahir. Mungkin semua ini tak pernah terjadi.

            “Saya masak makan malam ok,” Mary bisik dan kali ini, suaminya tidak menghalang
.
            Mary berjalan ke dapur. Kakinya sejuk. Malah dia tak dapat rasa kakinya bersentuhan dengan lantai. Dia tak dapat rasa apa-apa pun. Mual. Mary bergerak seakan automatik. Lampu dibuka, peti ais dibuka, benda pertama yang disentuhnya di ambil keluar. Ia dibalur oleh kertas. Mary membuka kertas tersebut dan merenung.

            Kaki kambing.

            Untuk makan malam, kaki kambing bakar. Dibawa melalui ruang tamu untuk dipanggang. Kelihatan suaminya berdiri di jendela. Melihat ke arah luar. Mary berhenti.

            “Sudahlah,” si suami tidak memandang belakang. “Jangan masak untuk saya. Saya nak keluar lepas ni.”

            Pada saat itu, Mary Maloney jalan ke arah suaminya lalu mengangkat kaki kambing yang terbeku itu setinggi-tinginya, dihayun sekuat hatinya tepat ke belakang kepala suaminya.

            Di dalam mindanya terbayang dia menghayun kayu golf besi.

            Mary bergerak satu langkah ke belakang. Tetapi yang menggelikan hatinya ialah apa bila suaminya masih berdiri selama empat hinga lima saat selepas dihayun, terhuyung-hayang. Rebah atas karpet.

                Kekejaman, bunyi meja kecil terbalik membantu Mary sedar. Perlahan, dia sedar dari rasa terkejut, sejuk, matanya terkelip-kelip memandang jasad kaku, dengan tangan masih erat memegang ketulan daging tadi.

                “Jadi, aku dah bunuh dia” bisik hati kecilnya menenangkan diri.

                Dia mula berfikir dengan pantas. Sebagai isteri seorang detektif, Mary sedar akan hukuman yang bakal diterimanya.Tetapi dia tidak risau sehinggalah dia menyentuh perutnya. Adakah bayi ini akan dihukum bersamanya? Dua-dua dihukum bunuh? Atau tunggu sehinhgga bayinya dilahirkan?  Apa yang akan terjadi?

                Mary Maloney buntu. Daging tadi dibawa ke dapur, diletakkan ke dalam bekas, suhu oven dinaikkan, disumbat bekas kedalam oven tersebut. Mary membasuh tangannya dengan bersih lalu naik ke bilik tidur, duduk di depan cermin, disikat rambutnya, menyolek muka, Mary cuba pelbagai senyuman didepan cermin. Senyumannya tidak menjadi. Suram.

                “Hye Sam,” tegurnya, lantang.  
              
  Tapi suaranya agak kekok.

                “ Ubi kentang ada tak? Dan kacang peas?”

                Barulah kedengaran normal. Mary berlatih untuk bercakap dengan normal berulang kali. Kemudian dia turun ke bawah, dicapainya kot, keluar ikut pintu belakang untuk ke kedai. Lampu di kedai runcit itu masih terpasang.

                “Hye Sam,” Mary bersuara dengan nada ceria sambil memandang Sam di belakang kaunter.

                “Oh Mary! Apa khabar?” ramah.

                “ Ubi kentang ada tak? Dan kacang peas?”

                Sam pusing ke belakang lalu mengambil bahan-bahan yang diperlukan Mary.

                “Suami saya tu, dia penat. Katanya tak nak makan kat luar” Mary sekali lagi bersuara. “Tapi kat rumah tak ada sayur pulak”.

                “Tak kan masak sayur je?”

                “Sebenarnya, ada kaki kambing dalam peti ais kat rumah tu.”

                “Oh, ada lagi barang nak dibeli?” Sam pandang ke arah Mary dengan senyuman. “Lepas makan, tak ada pencuci mulut ke untuk yang tersayang.”

                “Apa kata awak cadangkan untuk saya?”

                Sam pandang ke sekeliling kedainya, lalu ke tempat penyimpan kek. “Ni cheese kek, mesti dia suka nanti!”

                “Wah, terima kasih”.

                Sam membungkus semua barang ke dalam plastic, duit dan barang runcit bertukar tangan. Mary mengukir senyuman paling manis dibibirnya lalu berkata “Selamat malam!”

                Dalam perjalanan pulang, Mary yakinkan dirinya, dia dalam perjalanan pulang dari kedai, mencari sayur, untuk masak makan malam yang ditunggu-tunggu suaminya, dan dia akan masak dengan sedap, apabila masuk ke rumah, jika terdapat apa-apa yang abnormal, tragik, atau mengejutkan, dirinya akan panic, terkejut dan sedih. Saya cuma Mary Maloney, yang sedang dalam perjalan pulang dari kedai.

                Oleh kerana itulah, ketika Mary dalam perjalanan masuk ke dalam rumah mengikut pintu belakang, Mary menyanyi dengan riang. “Sayang!” Mary memanggil suaminya. “Sayang penat lagi?”

                Barang-barang yang dibeli dari kedai diletakkan atas meja, Mary bergegas ke ruang tamu, lalu dia melihat suaminya terbaring kaku di lantai dengan kaki yang saling bertindih dan sebelah tangan terkehel ke belakang badan, Mary terkejut. Secara tiba-tiba rasa kasih dan rindu membuatkan Mary lari ke pangkuan suaminya, Mary menangis. TIada lakonan diperlukan.

                Beberapa minit kemudian, Mary bangun dan terus ke telefon. Dia sangat arif dengan nombor pejabat suaminya. “Cepat! Datang rumah saya! Suami Saya dah mati!” Mary menangis.

                “Boleh saya tahu nama puan?”

                “Mary, Mary Maloney.”

                “Puan Mary? Maksud puan, boss kami dah tak ada?”

                “Dia terbaring kat lantai, dan saya rasa dia dah tak bernafas,” Mary menerangkan sambil teresak-esak.
                “Ok, kami datang.”

                Kereta polis tiba dihadapan rumah. Apabila pintu dibuka, kelihatan dua orang polis sedang berjalan menuju ke dalam rumah. Hampir ke semua anggota polis di presin tersebut dikenali Mary. Salah seorang daripada mereka siasat tubuh suami Mary.

                “Dia dah mati ke?” Mary masih menangis.

                “Nampak gayanya, macam tu lah. Apa dah jadi?”

                Secara tenang, Mary menceritakan bahawa dia keluar sebentar untuk ke kedai membeli barangan dapur. Sewaktu dia pulang, suaminya sudah memang terbaring kaku di lantai dengan darah di kepala. Sebaik sedar akan keadaaan suaminya, dia memberitahu bahawa dia terus menelefon polis.

                Tak lama kemudian, lebih ramai yang datang ke rumahnya. Seorang doctor, kemudian seorang jurugambar forensic, diikuti dengan pakar cap jari. Mary ditanya dan disoal siasat tanpa henti. Tetapi, dia dilayan dengan baik. Mary tetap dengan ceritanya. Darilah dia menjahit, dia ke kedai lalu bertemu Sam dan sehingga dia menelefon polis apabila mendapati suaminya kaku dilantai. Beberapa orang polis dihantar ke kedai runcit tadi untuk menyoal siasat Sam.

                Masa berlalu dan doctor serta jurugambar tadi pulang, datang pula dua orang membawa stretcher lalu mengusung mayat suami Mary. Kini, di dalam rumah Mary terdapat 2 anggota polis dan 2 penyiasat. Mereka risau akan keadaan Mary. Salah seorang dari mereka yang bernama Jack bertanya jika Mary hendak dibawa kemana-mana. Mungkin ke rumah keluarga terdekat. Tetapi Mary hanya ingin berada di rumah. Dia berasa agak mual. Dia ingin berehat di kerusinya.

                Lalu ditinggalkan Mary berseorangan dan mereka terus mencari bahan bukti di dalam rumah tersebut. Sambil lalu dihadapan Mary, Jack menceritakan bahawa suaminya telah dipukul dibahagian belakang kepala dengan objek tumpul. Mungkin pembunuh tersebut membawa alat tersebut bersamanya ataupun dibuang berdekatan rumah ini.

                “Mudah je puan, kalau dapat alat yang digunakan tu, dapatlah pembunuhnya.”

                Lalu datang lagi seorang detektif menyampuk “Puan, oven puan tu masih belum ditutup. Dan berisi pulak tu.”

                “Ish, terlupa pulak saya.”

                “Tak apa puan, biar saya yang tutupkan”

                “Terima kasih,” Mary senyum.

                Apabila detektif tersebut datang semula, Mary  pandang ke arah mata detektif tersebut dengan mata yang sebak sambil berkata “Boleh tolong saya?”

                “Ya puan?”

                “Urmm,” Mary berkata “Kamu semua mesti kawan baik suami saya. Dan sekarang, sanggup berjaga malam untuk mencari pembunuh suami saya. Lapar tak? Sepatotnya saya layan awak semua seperti tetamu. Daging kambing dalam oven tu mesti da masak.”

                “Eh, susah-suah je puan.”

                “Please?”  Mary merayu, “Tolong lah makan, saya akan rasa tak senang hingga ada orang yang jamah masakan saya.”

                Keempat-empat anggota polis tadi pada mulanya teragak-agak untuk makan. Tetapi akhirnya, mereka tewas dengan desakan perut mereka yang lapar. Mereka mengambil lalu makan di dapur. Mary dengar perbualan mereka tetapi agak kabur kerana mulut mereka menguyah dengan lajunya.

                “Charlie, tambah la lagi.”

                “Nanti habis tinggal tulang sahaja macam manai?

                “Tak apa lah. Dia suruh kita habiskan tadi.”

                “Kalau macam tu, potong untuk saya lagi!”

                “Eh, objek yang digunakan pembunuh tu mesti besar kan? Doktor cakap tengkorak suami Mary pecah.”

                “Aku rasa, tak lama nanti, kita jumpa punya benda yang digunakan tu. Jangan risau. Makan dulu.” Salah seorang dari mereka mencelah.

                “Firasat aku pulak dari tadi asyik kata yang objek tu ada dalam rumah ni. Maybe kat depan mata kita je? Apa korang rasa? “

                Mary dikerusinya, ketawa kecil sendiri. FIN





-Based on "Lamb to the slaughter" by roald Dhal
-amik yang jernih, yang keruh pegie filter. Lepas filter jernih tak? Kalo tak, buang.
-banyak betul mesej cerita ni. And  psikotik.  kot? Well, njoy.

No comments:

Post a Comment