Pengejar

Friday 15 February 2013

Nama aku dah memang hamba.

Abdul
Itu  nama aku, di ikuti dengan Falakh (فلاح) kemudiannya Zafrieyl. Terima kasih ayah atas nama yang indah ini. Terima kasih along atas "Zafrieyl" itu. Mak, terima kasih, 9 bulan aku dalam perut, terima kasih juga pada angah, alang, abang hakim, teh, cik, dibah, abby sebab ada dengan aku sehingga aku dah nak dekat 20 tahun dah. Balik pada perkataan yang besar serta di boldkan di atas tadi. Tahu apa maksud di sebalik abdul tu? Hamba maknanya. Ya. Aku hamba.



Aku hamba, kamu hamba, semua hamba. Kucing di dalam sangkar, katak bawah tempurung, ikan dalam jala, turut tidak terlepas dengan pangkat hamba. Hampa pada siapa? Pastinya milik yang maha sempurna. Milik yang berkuasa akan hari pembalasan. Milik yang maha pengasih lagi maha penyayang. Kita milik Allah taa'la.

Hamba ini sifat dia memerlukan tuannya. Dan fitrah manusia lemah seperti aku, mengharapkan rahmat. Untungnya hamba ini, Tuannya sangat pemurah. Tidak, "sangat" tidak sesuai dengan sifatNya. Maha pemurah! Mana tidaknya. Dari aku kecil, tak pernah henti nikmat diberi olehNya. Untungnya aku dilahirkan ke dunia dapat merasa nikmat Islam, nikmat Iman, nikmat dikasih ayah dan ibu, disayang kakak dan abang, di buli manja sahabat-sahabat, malah bila diuji pon, ada nikmat disebalik ujian tersebut. Nah. Nampak tak tuan aku Maha Pemurah?



Tapi sifat hamba ini, kadang-kadang dia leka. Dia lalai. Mudah betul lupa. Sampai kadang-kadang dipukul, dipalu untuk kembali setia pada tuannya, masih tidak terjaga dari lamunan dunia. Sehinggalah betul-betul sempit, buntu, barulah nak menangis, barulah nak kembali mengadu domba kepada yang memilikinya. Tak malu sungguh. Kalau Dia dah memiliki seluruh alam, dia tak pernah rugi bila aku leka dengan dunia. Malahan, aku yang rugi bila aku lalai. Tapi Dia Maha Pemurah. Hidayah ditiup pada hambaNya yang dia ingini. HambaNya hanya perlu bentang sejadah, wudhuk, sujud dan minta. Jika di-inginkanNya untuk kembali patuh, maka kembali patuh lah hamba tersebut.

"Sesungguhnya orang-orang yang membeli (memilih) kufur dengan meninggalkan iman tidak sekali-kali mereka akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Ali-Imran:177) "

Mungkin nama ku nampak hina, nampak rendah martabatnya. Tapi ingatlah, bukan aku sahaja milik Allah. Engkau pun dimilikiNya. Yang membezakan kita ialah iman di dada. Falakh atau sebutannya فلاح "FALAH" membawa makna kejayaan.

Ya, aku ingin menjadi hamba yang berjaya. Berjaya sampai ke syurga. Berjaya mencapai RedhaNya. Bukan hanya berjaya dalam risalah ini. Bukan hanya kencang di internet. Tapi berjaya di dunia akhirat. Insya Allah.



Tinta sudah mengering, biar aku sudahkan dengan ayat yang setiap hamba perlu tanam dalam jiwanya. Ayat dari Ummul Kitab. Ayat ke 5.

                       إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
                “Kepada Engkau kami sembah dan kepada Engkau kami meminta pertolongan”


-Hamba yang ibarat sebutir pasir di pantai nilainya. Mengharapkan pertolongan. 

4 comments:

  1. aku hamba kau hamba. then, i shall say when a person named abdullah means hamba ALLAH kan? ehh?

    ReplyDelete
  2. yup, abdullah maknanya hamba Allah.

    ReplyDelete