Pengejar

Monday 7 May 2012

Aku MAHASISWA

Tahu tak, bila kita dah tak duduk di bangku sekolah, mata kita lebih terbukak. Banyak media yang akan kita jumpa. Pelbagai idea akan masuk dalam otak kita. Depends on us. Yang mana kita nak sokong and mana kita nak pulau. Sebagai seorang yang bakal memberi sumbangan kepada dunia di masa akan datang, ambil tahu dgn isu semasa. Jangan hanya online fb semata-mata. Banyak laman web berguna. Sumbanglah. Andai rasa banyak harus diperbetulkan, suarakan pendapat

Di negara barat term untuk pelajar hanyalah STUDENT. Kita menggunakan MAHASISWA. Mungkin ada yang tersirat dari nama yang digunakan. Tak pelik lah kenapa pelajar di Malaysia ni banyak berdemostrasi, dan ingin mencetuskan revolusi. Mungkin ramai anggap mahasiswa sedang belajar, masih mencari tujuan hidup. Bagi aku semua ini tak salah asalkan apa yang diperjuangkan adalah betul dan memberi faedah kepada seluruh manusia setelah perjuangan dilaksanakn.

Yang membimbangkan, apabila sesetengah parti politik cuba masuk campur dan meracuni pemikiran sesetengah mahasiswa. Lalu, terpesonglah perjuangan mereka ini dan mula menyebelahi kepada satu pihak. Perjuangan yang diperjuangkan sebaiknya memberi manfaat kepada semua. Bukan hanya demi kepentingan diri mahupun kepentingan parti. Aku sememangnya suka memerhati dan memberi pendapat. Berada di pihak tengah akan membuka mata. Lihat dan perhatikan. Nilai sendiri yang mana benar dan yang mana tidak.





Ingat ni,
Perjuangan yang sebenar ialah perjuangan menegakkan agama.


Wallahualam.

No comments:

Post a Comment