Pengejar

Sunday 16 December 2012

Jom ingat mati ? Dzikir Maut


Dzikir means INGAT. Selain ingat pada pencipta kita, mati pon perlu diperingatkan kepada diri sendiri. Kenapa? Sebab : "Every soul shall taste of death : And We test you with evil and with good as trial; and to Us you will be returned." (Al-Anbiyaa : 35). Ade roh tak dalam jasad tu? Takde? Kalau takde, jangan baca sebabnya this post is over-spesiyel to everbody with soul within them.  Kalau ada, bagus, bila-bila mati lah tu. Imam Al-Ghazali sendiri pernah cakap perkara yang paling dekat dengan kita ialah kematian dan paling jauh ialah masa lalu. Kenapa mati itu dekat? Sebab, bila-bila sahaja malaikat maut boleh datang.




                 Knock Knock

                 "Sape tu? Orang tengah *insert perkara lagho here* ni. Janganlah kacau"

                 "Aku datang nak cabut roh engkau"

Nak kata kejap? Nak kata esok datang balik? Kalau masa dah memang time untuk kita rasa betapa sakitnya nyawa ditarik dari jasad ni, memang terpisah tahu tak jasad dan roh? Sedangkan Kekasih Allah, Muhammad peace be upon him, maksum, nabi, rasul and terpellihara dari dosa pon terasa betapa sakitnya maut, kita yang selalu kutuk orang kat belakang, selalu lupa kat Allah, selalu bermaksiat, solat x cukup 5 waktu cemana? Tak rasa sakit pulak? Perghhhhh. Sakit punya. Kite dulu sunat pon sakit, huaaaaa. Ini kan pula maut. 
Astaghafirullahalazim.

Kenapa kena ingat mati? Sebab bila kita ingat mati, kita sedar, yang kita belum mati. Kita sedar, Rahmat Allah ada untuk kita. Allah kasi chance lagi untuk isi tupperware-tupperware dengan amal kita untuk bawak ke hari pengadilan nanti. Allah kasii chance untuk kita bentang tikar sejadah, sujud, menangis, taubat atas dosa-dosa lepas. Tahu tak? Roh-roh orang yang tidak beribadah merayu-rayu untuk hidup balik. Nak solat balik. Tapi nak buat lagu mana? Time depa ada chance depa riak dengan Allah. Depa takkabur dengan Allah. Depa tak sedar bahawa Allah memiliki mereka. Bahawa Allah lah layak disembah. PeraturanNya yang harus diikuti. Hey, korang ingat kalau korang tak sembah Allah tu, Allah rugi ke? Tidak! Walau sebesar zarah pon dia tak rugi. Jangan nak riak sngt! Kita ni, ibarat sebutir pasir kat pantai tu je. Sedarlah! Allah cipta kita, dia tiup roh dalam jasad kita lepastu dengan RahmatNya, Dia bagi kita rasa nikmat susu ibu. Lepas tu, pandai guna duit pulak! Beli itu, beli ini, shopping situ, shopping sini, sejadah kat rumah sehelai pon tak de. TUP TUP, rumah penuh dengan orang,  adik, abang, ayah tengah mandikan korang, pastu dikapankan, pastu dikebumikan. Gelap, sorang diri, datang 2 malaikat. Sesi soal jawab mula. 

"Siapa Tuhan Kamu?" kalau masa hidup kafir, nah, Soalan ni ditanya dengan kasar. Ketaq baq hang! Walaupon soalan dah bocor, ingat ni SPM ka? Boleh hafal jawapan,bila msuk kubur jawapan masih segar di ingatan. NO, sorry lah. Kalau amal kita mantap, ibadah kita mantap, iman kita mantap, Dengan izinNya, kita boleh jawab. Yang samanya dengan SPM kat sini, kalau nak lulus dengan kaler yang terbang mesti lah attend kelas tambahan, study group, tusyen apa semua kan? Kalau nak jawab dalam kubur pon, kita kenalah buat amalan tambahan, ibadah tambahan lepastu bila berjaya menjawab semua soalan, kita dipakaikan pakaian syurga, pastu terbukak pintu-pintu syurga, sampaikan kita ni tak sabar kiamat datang sebab eksaited nak masuk syurga. 

Tolong jadi tamak dalam beribadah tapi jangan riak. Pahala solat jemaah, pahala ibadah sunnah, pahala sedeqah, semua kena sapu. Kalau rasa dah cukup semua, barulah kita boleh rasa happy nak mati! By the way, kita semua nak masuk jannah kan? Syurga! Kalau nak masuk syurga, memang kena mati. Nak masuk syurga sorang-sorang ke? Tak nak kan? Nak bawak family kan? Nak bawak member, classmate sume skali kan? Apa lagi? Spread the word, jadi muslim full time, ajak semua buat baik. Nak hadiah tak? Nah gambar special dan hadis untuk korang. 




"Gunakanlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara iaitu masa muda sebelum tua,sihat sebelum sakit,kaya sebelum miskin,lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati" (Hadis Riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi) 

Semoga kita ingat mati supaya kita ingat siapa Pencipta kita. Wallahualam.



1 comment: